Titipan Cik Seri: Kembalilah kepada fitrah…



Para pembaca sekalian, Cik Seri ingin mengajak para pembaca sekalian duduk sebentar. Tinggalkan segala masalah yang membelenggu. Cik Seri ingin anda semua renungkan sebentar. Anda semua pernah terfikir untuk menjadi seorang yang baik? Baik yang Cik Seri maksudkan adalah hampir sempurna. Hampir lengkap untuk menjadi calon ahli syurga. Sememangnya penentuan syurga itu adalah urusan Allah swt. Namun, kita sendiri yang menentukan ke manakah halanya arah tuju kita. Cuba anda semua bayangkan sekiranya anda semua adalah seorang yang memiliki ciri-ciri ahli syurga. Bayangkan diri anda tiada lagi sebarang kekurangan yang selama ini ada pada diri anda. Seorang yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Anak yang soleh terhadap ibubapa. Hubungan yang baik dengan semua manusia. Tidak pernah berdendam dengan sesiapa. Soal ibadah anda sentiasa terjaga. Maksiat sentiasa dihindari. Akhlak mulia, sentiasa sabar, ikhlas dan redha. Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W sentiasa di hati. Bahagia , bukan? Sekarang bertekadlah untuk menjadikan bayangan anda itu suatu kenyataan. Inilah masa yang sesuai bagi melaksanakannya. Di kesempatan akhir Ramadhan yang barakah ini, rebutlah peluang untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T . Allah Maha Pengampun. Insyaallah, setinggi mana pun gunung dosa yang terbina, dan seluas mana pun jurang kesalahan kita, andai di pohon keampunan itu dengan iringan rasa ikhlas, insaf, dan taubat nasuha, Insyaallah, DIA akan mengampunkan kita. Menjadikan kita insan yang suci semula bagai bayi yang baru dilahirkan tanpa noda, tanpa dosa. Kembali kepada fitrah

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition

kasih buat Adam