Posts

Showing posts from December, 2009

Kursus strategik peningkatan kerjaya akademik...oleh Prof.Dr Kamil

assalamualaikum.... hari ini aku berpeluang untuk mendengar ceramah bersama pensyarah2 UiTM Kedah, yang disampaikan oleh Prof.Dr Kamil, Pengarah Kampus UiTM Johor. Beliau juga seorang pendakwah bebas. Seronok juga. Ceramah yang disampaikannya pada hari ini adalah berkenaan dengan peningkatan kerjaya pensyarah. Aku memberi perhatian juga dalam sesi tersebut walaupun aku bukanlah seorang pensyarah (mungkin nanti). Aku masih lagi blur juga bila disebut tentang markah2 tu.. Alhamdulillah, mungkin inilah rezeki. Aku dapat berkongsi mengenai kerjaya ini. Mungkin ini satu titik mula. Dalam ceramah tersebut, beliau memberi penekanan mengenai penyelidikan. Khususnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Banyak input yang berguna aku perolehi dalam ceramah tersebut. Menampakkan kepada aku apa yang sebenarnya perlu kita buat seandainya kita menceburi bidang akademik. ALLAH... mudahkanlah aku untuk mengikuti jalan yang telah Kau takdirkan untukku. Bimbinglah aku...Amiin.

ada waktu ini...ku luangkan di sini

Alhamdulillah... sudah lebih kurang 2 minggu aku menjalankan praktikal. Banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku dalam tempoh ini. banyak perkara dan pengalaman baru yang aku alami. Sememangnya ini adalah perancangan Allah S.W.T dan setiap yang Dia takdirkan ke atasku pasti punya sebab dan hikmahnya. Insyaallah.. akan cuba ku kutip mutiara hikmah tersebut untuk ku garap sebagai mukaddimah baru diari kehidupanku sempena tahun baru Hijrah hari ini. Insyaallah, esok akan berlangsung dengan lebih baik lagi. Salam Maal Hijrah ..

mula praktikal

hari ni aku mula praktikal. tapi aku tak ditempatkan di bhg HR tapi kat bgn penyelidikan dan jaringan industri... huhuhu... tp xpelah.. asalkan dapat jugak pengalaman.. aku akan cuba "adjust2" la nanti bg dapat jugak buat something about HR..Ya Allah...bantulah aku ini... Amiin imaazmira-thatsAllah-Link