majalah solusi



Hari ni Cik Seri nak kongsi sikit maklumat tentang sebuah majalah. Mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu. Majalah yang cik seri maksudkan adalah “SOLUSI:PANDUAN HIDUP BERSYARIAT” terbitan Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd. Pertama kali Cik Seri terjumpa majalah ini semasa pameran dan jualan buku di tempat Cik Seri belajar. Sebaik saja Cik Seri nampak majalah ini, Cik Seri terus capai dan melihat-lihat isi kandungannya. Sememangnya sangat menarik hati cik seri. Kandungannya sarat dengan pelbagai ilmu. Walaupun harganya agak tinggi sedikit iaitu RM 9, namun Cik Seri rasa berbaloi untuk membelinya. Majalah ini unik kerana jarang kita menemukan majalah yang berkonsepkan isu-isu berkaitan agama Islam dalam pasaran. Majalah ini memfokuskan kepada motivasi dan fardhu ain. Sangat bermanfaat. Ada pelbagai ruangan yang menarik, penuh dengan ilmu. Setiap keluaran akan membincangkan satu isu utama dan dipaparkan di muka hadapan. Sebagai contoh anda dapat lihat dalam gambar, isu ke-7 membincangkan isu mengenai Jalan yang lurus, isu ke-9 mengenai Celik mata hati dan isu ke-10 mengenai solat dan puasa. Dalam majalah ini selain ruangan isu terdapat banyak lagi ruangan sampingan yang lain. Antaranya Haramain, Beduk Diketuk, Soal Jawab Solat, Soal Cinta, Cetusan, Fizikr, Kembara, Remaja, I-PODS, Maqasid Syarie, Pesan Nenek, Murabbi, Muslimah, Tauhid, Atlas al-Quran, Pelik Tapi Benar, dan pelbagai lagi. Kalau nak tahu, kena dapatkan. Cik Seri tertarik dengan ruangan Angguk Geleng yang terletak di muka surat akhir majalah ini. Ruangan satu muka surat ini mengandungi cerita yang berunsur nasihat. Cerita rakyat yang di sebaliknya terselit hikmah dan pengajaran yang berguna kepada kita.

Di samping isinya, kulitnya juga menarik. Ramai pembaca yang memuji kualiti majalah ini. Setiap inci majalah ini menarik. Dari segi kualiti kertas, grafik, dan warna. Di muka surat awal dan kulit belakang majalah ini dimuatkan satu halaman yang berlatarkan gambar alam, dan terdapat maksud ayat al-Quran dan hadis. Gambar tersebut simbolik dengan ayat al-Quran atau hadis yang disertakan di halaman tersebut. Pada kulit belakang juga, tertulis mutiara kata yang menyimpulkan mengenai isu utama dalam majalah tersebut. Sebagai contoh, isu ke-9 iaitu Celik mata hati, pada kulit belakangnya disertakan maksud ayat 50 ,surah al-Qaf:


(setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan mereka pun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baru.


Dicetak juga mutiara kata yang berbunyi:

"Mata lahir vs mata hati "
Mengapa MATA HATI menafikan penciptaan kali kedua (akhirat) sedangkan MATA LAHIR telah menyaksikan penciptaan kali pertama (dunia) dengan begitu terang dan nyata.


Mengenai penyumbang hasil karya dalam majalah ini, mereka terdiri daripada individu yang berkecimpung luas dalam dunia dakwah menerusi media. Ketua Editor ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi, seorang penulis, composer, dan penulis lirik nasyid yang dikenali. Antara kolumnis dalam majalah ini ialah Ustaz Zahazan, Ustazah Bahiyah, Hj. Fadzilah Kamsah, Ustaz Hasrizal, Ustaz Badli Shah, Ustaz Zaharuddin, Fatimah Syarha, dan ramai lagi.


Jadi, Cik Seri nak promosikan majalah Solusi ini kepada anda. Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda. Tidak rugi untuk anda memilikinya. Bagi Cik Seri, ia sememangnya sesuatu yang bermakna untuk diri Cik Seri.

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition

kasih buat Adam