don't take it for granted

Tika waktu ini, aku dalam keserabutan. Di sini aku nak kongsi pengalaman aku. Harapanku agar sesiapa yang membaca post ini akan belajar sesuatu. Hari selasa lepas (1 september 09) aku dan kumpulan aku ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Alor Setar untuk menjalankan satu sesi temubual dengan pegawai sumber manusia di sana. Temubual tersebut adalah berkenaan amalan perekrutan dan pemilihan pekerja di KUIN. Aku ke sana tanpa persediaan yang mantap. Sebenarnya aku memang tak buat persediaan sangat untuk temubual tu. Main redah je. Akhirnya…padan muka aku balik. Pakat jadi blur dan kaku je semasa temubual tu. Rasa malu pulak dengan Encik Marwan tu. Malu sesungguhnya malu. Aku ni tak serik-serik dengan pengalaman lepas rupanya. Masyaallah, apa la yang nak jadi dengan aku ni? Sebenarnya ini bukan kali pertama perkara begini berlaku. Masuk kali ini, dah organisasi yang ke-6 aku pergi untuk tujuan kajian kes. Tapi masih lakukan kesilapan tu. TAK BERSEDIA SEPENUHNYA. Sebenarnya akulah yang salah. Kepada ahli kumpulan selaku kawan-kawan baik, ila, yam, dan chah, aku minta maaf daripada hangpa semua. Lepas ni kita kena buat laporan pulak dan perlu siap sebelum cuti raya ni. Berusahalah… kepada adik-adik yang masih belajar, kalau dapat tugasan apa pun, bersedialah sepenuhnya. Dan buatlah awal-awal. Jangan jadi macam saya. Padan muka saya. Tambah memilukan, ini adalah semester terakhir saya.

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition

kasih buat Adam