Ramadhan kian pergi....



Tatkala ini, ramai kawan-kawan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman
bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi. Tidak kurang juga yang telah
sampai lebih awal lagi. Kampus mulai lengang dan sunyi daripada riuh suara mahasiswa
dan mahasiswi Lembah Sintok. Mungkin ini adalah entri akhir Cik Seri dalam bulan yang
mulia ini. Sememangnya sayu, dan sedih apabila mengenangkan Ramadhan yang mulia
ini bakal pergi meninggalkan kita. Ketenangan Ramadhan sememangnya sangat syahdu
dirasakan. Takkan dapat dirasai pada lain waktu. Dan indah lagi dengan limpahan rahmat
yang Allah Taala kirimkan pada bulan ini. Menjadikan kita lebih bersemangat untuk
melakukan ibadah kepadaNya. Dan apa yang lebih penting, mengajar kita membenihkan
keikhlasan dalam setiap amalan yang dilakukan hanya kerana Dia Yang Maha Esa.
Semoga sebulan tarbiah yang dibawa oleh Ramadhan akan memberikan kita seribu satu
kekuatan untuk terus menerus melakukan kebaikan sebagaimana kebaikan yang kita
lakukan di dalam Ramadhan. Semoga semangat Ramadhan dapat diteruskan sepanjang
masa. INSYAALLAH
Ramadhan...semoga kita bertemu lagi andai umurku masih ada...dan andai dunia ini masih bernyawa....

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition

kasih buat Adam