...al-Qadar....kami menanti..


Hari ini bersamaan 20 Ramadhan… cepat kan masa berlalu. Tinggal 10 hari saja lagi untuk kita berada di bulan yang mulia ini. Sedih apabila Ramadhan bakal meninggalkan kita. Kalau masa kecil2 dulu, saya masih ingat, saya dan adik sentiasa menghitung hari untuk Ramadhan berakhir dan beralih ke Syawal namun kini ironi. Setelah kita dapat tahu erti sebenar Ramadhan itu, kita menjadi sayang padanya. Tidak mahu berpisah dengannya.
Semalam telah bermulalah titik permulaan mencari malam al-Qadar yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah bonus yang Allah S.W.T nak bagi pada kita umat Islam. Sesiapa yang dapat ni memang untung. Tak teringin kah kita? Siapa yang tak teringin kan? Pesta ibadah telah bermula. Semakin ramai yang giat berusaha menghidupkan malam-malam mereka dengan beribadah kepada Allah S.W.T menerusi solat malam, membaca ayat suci al-Quran, zikrullah, dan berdoa memohon kepada Allah S.W.T.
Semoga kita sama-sama menemui malam al-qadar..serta mendapat pembebasan dari api neraka. Amin..

Comments

Kejernihanku said…
Salam..

InsyAllah, hati yang merindui Lailatul Qadr pasti akan menjumpai nye insyAllah, doa banyak2 :)

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition

kasih buat Adam