Posts

Showing posts from 2009

Kursus strategik peningkatan kerjaya akademik...oleh Prof.Dr Kamil

assalamualaikum.... hari ini aku berpeluang untuk mendengar ceramah bersama pensyarah2 UiTM Kedah, yang disampaikan oleh Prof.Dr Kamil, Pengarah Kampus UiTM Johor. Beliau juga seorang pendakwah bebas. Seronok juga. Ceramah yang disampaikannya pada hari ini adalah berkenaan dengan peningkatan kerjaya pensyarah. Aku memberi perhatian juga dalam sesi tersebut walaupun aku bukanlah seorang pensyarah (mungkin nanti). Aku masih lagi blur juga bila disebut tentang markah2 tu.. Alhamdulillah, mungkin inilah rezeki. Aku dapat berkongsi mengenai kerjaya ini. Mungkin ini satu titik mula. Dalam ceramah tersebut, beliau memberi penekanan mengenai penyelidikan. Khususnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Banyak input yang berguna aku perolehi dalam ceramah tersebut. Menampakkan kepada aku apa yang sebenarnya perlu kita buat seandainya kita menceburi bidang akademik. ALLAH... mudahkanlah aku untuk mengikuti jalan yang telah Kau takdirkan untukku. Bimbinglah aku...Amiin.

ada waktu ini...ku luangkan di sini

Alhamdulillah... sudah lebih kurang 2 minggu aku menjalankan praktikal. Banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku dalam tempoh ini. banyak perkara dan pengalaman baru yang aku alami. Sememangnya ini adalah perancangan Allah S.W.T dan setiap yang Dia takdirkan ke atasku pasti punya sebab dan hikmahnya. Insyaallah.. akan cuba ku kutip mutiara hikmah tersebut untuk ku garap sebagai mukaddimah baru diari kehidupanku sempena tahun baru Hijrah hari ini. Insyaallah, esok akan berlangsung dengan lebih baik lagi. Salam Maal Hijrah ..

mula praktikal

hari ni aku mula praktikal. tapi aku tak ditempatkan di bhg HR tapi kat bgn penyelidikan dan jaringan industri... huhuhu... tp xpelah.. asalkan dapat jugak pengalaman.. aku akan cuba "adjust2" la nanti bg dapat jugak buat something about HR..Ya Allah...bantulah aku ini... Amiin imaazmira-thatsAllah-Link

insan dikasihi Tuhan peka terhadap dosa dan maksiat

Image
MENGAPA seorang suami begitu sayang kepada isteri dan sebaliknya? Mengapa pula anak-anak yang salih rela menanggung susah menjaga kedua ibu bapa? Mengapa kita mahu berkorban untuk mengikat tali persaudaraan dengan jiran tetangga, saudara mara dan sahabat seperjuangan? Mengapa dunia ini aman dan damai, walaupun berbilang bangsa dan kaum, adat dan kepercayaan manusia? Jawabnya hanya satu iaitu kerana rahmat Allah SWT diturunkan ke atas dunia ini. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah Taala memiliki seratus rahmat. Satu di antaranya diturunkan untuk sekalian makhluk hingga mereka berkasih-kasihan sesama mereka. Sembilan puluh sembilan lagi disimpan untuk hari kiamat.” (Riwayat Muslim) Jika kita kehilangan rasa ingin mencintai, sesungguhnya rahmat Allah SWT itu tercabut dari hati. Isteri yang membenci suaminya atau sebaliknya, anak yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang bengis dan kasar, angkuh lagi sombong, zalim kepada sesama manusia, mereka ini terkeluar daripada senarai

solat sunat dhuha

Image
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (al-Dhariyat: 56) Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan. Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha. Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik leb

"couple" oh "couple"

Image
Kini, fenomena berpasangan atau “couple” menjadi seolah-olah perkara biasa. Kebanyakan remaja dan dewasa hari ini mengalami gejala ini. Apakah wajar perkara ini sebenarnya? Sememangnya akan ada yang mengatakan perkara ini sebenarnya tidak wajar, namun masih tidak mampu untuk menghalangnya lantaran lemahnya diri dan iman. Untuk itu, cubalah kita ikuti dialog di antara sepasang kekasih dengan pencegah maksiat ini. Sama-samalah kita memikirkannya. Kita sendiri yang memutuskannya. Kita mempunyai pilihan. Setiap pilihan kita, ada natijahnya. Fikir-fikirkanlah.. Pasangan: Kami tidak berzina! Pencegah maksiat: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina. Pasangan: Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menghampiri zina ? Pencegah maksiat: Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan. Pasangan: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu …. Pencegah maksiat: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang.

redhakanlah....

Image
Ya Allah....... Mengapa hati ini masih keras?? Masih keras untuk meredhakan segala yang telah Kau takdirkan untukku. Lembutkanlah hatiku ini. Agar aku bisa redha dan tidak mengeluh atas segala yang telah Kau tentukan. Ku inginkan hati ini ikhlas menerima segalanya, biarpun ada kala ianya pahit untukku.. imaazmira-redhakanlah-Link

Terima kasih buat pensyarah-pensyarahku di UUM

Image
Terima kasih buat buat semua pensyarahku. Terima kasih atas segala pendidikan yang diberikan. Walaupun mungkin pensyarah semua mungkin ada yang tidak ingat saya, tapi saya sentiasa mengingati dan menghormati pensyarah sekalian. Semoga beroleh kebahagiaan, ketenangan hidup, keberkatan, kesejahteraan dunia akhirat. Insyaallah. Inilah senarai nama pensyarah dan subjek yang mereka ajar aku 1. Bahasa Melayu Pengurusan- Puan Ainal Akhmar Ahmad SEM 1 2006/2007 2. Matematik Pengurusan-Cik Sharmila Karim SEM 1 2006/2007 3. Pengantar Pengurusan- Encik Hendrik Lamsali/Puan Darwina Arshad/Puan Asmida SEM 1 2006/2007 4. Sains Pemikiran Dan Etika-Hj Shuib Hussin SEM 1 2006/2007 5. Tamadun Islam-Ustaz Mohd Nizho Abd Rahman SEM 1 2006/2007 6. Kerohanian 1-Ustaz Azman Md Zain SEM 1 2006/2007 7. Kerohanian 2,3,4-Ustaz Solahuddin SEM 2 067-SEM 1 078 8. Kenegaraan-Cik Rashidah Mamat SEM 2 2006/2007 9. Hubungan Etnik- Cik Syahrulfaizaz Abdullah SEM 2 2006/2007 10. English For Higher Education-En Junus Chin

ke mana arahku??

Image
Bulan hadapan aku akan mula menjalankan latihan praktikal aku selama 4 bulan. Takut juga sebenarnya. Memang takut. Memang menakutkan dan menggerunkan untuk orang seperti aku. Yang selama ini jarang bersosial. Pasti banyak kejutan yang menanti aku di luar sana. Ya Allah, kuatkanlah aku. Tidak lama lagi juga, aku bakal meninggalkan alam pengajianku ini. Aku akan meninggalkan kampusku ini. Aku bukan lagi pelajar di sini. Sungguh, pasti aku akan merindui semua ini. Aku masih terasa seakan-akan baru sahaja aku manapakkan kaki di bumi Sintok ini. Rupanya sudah lebih 3 tahun aku di sini. Aku begitu tidak menyedarinya. Mungkin disebabkan kerutinanku yang sama semester demi semester. Sejujurnya, aku mengatakan bahawa aku ini seorang yang pasif semasa di alam universiti. Aku tidak menyertai apa-apa persatuan melainkan yang wajib. Memang aku begini. Apakah aku salah kerana tidak berbuat sedemikian? Biarlah apa orang nak cakap. Ku akui itu kelemahanku. Aku tahu semua pengalaman itu sebenarnya sang

the truth is...

Image
Actually this heart love You Actually I miss You But I don’t understand why love has no appear But I don’t understand why longing has not blossom The truth even if I’ve collected all the diamond beneath the sea , The truth even if I’ve showered it with the rain from Your seven skies Though love will not appear Though longing will not blossom I tried to forward a gift to you But maybe because its content is not perfect or glorious I tried to shower it to make it grow and blossom But maybe because of the water used is not as fresh as from Al Kauthar well The truth even if I’ve collected all the diamond beneath the sea , The truth even if I’ve showered it with the rain from Your seven skies If I don’t hope for you’re Your Blessings If I don’t beg for Your Sympathy To you o Allah God please present Your Love to me God please present my longing for You So that I’ll know that my gratitudes are all Yours

hilangkan parutmu

Image
Ada rakan suruh saya letak petua. Ni saya ada ambil dari famili azam punya laman. (http://www.familiazam.com/kecantikkan.htm#Menghilangkan Parut) Menghilangkan parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

air mempengaruhi akal dan jasad

Image
(sumber: http://penawaralami.wordpress.com/2007/09/20/air-mempengaruhi-akal-dan-jasad/) Bagaimana caranya air mempengaruhi akal dan jasad kita? Dr. Masaru Emoto mengemukakan hasil penelitian tentang kuasa yang mempengaruhi kualiti air dan kristal air yang terbentuk dengan nama Hado. Hado adalah kuasa/ tenaga yang sukar dilihat dan berbentuk gelombang. Kuasa / tenaga ini boleh berbentuk positif atau negatif dan mudah dipindahkan dari satu benda ke satu benda yang lain. Makna kata “kamu tidak berguna” mempunyai Hado tersendiri yang akan muncul dalam bentuk kristal air yang buruk. Sebaliknya dengan kristal air yang cantik terbentuk dari tuturan kata-kata positif. Hado akan menyampaikan respons terhadap maklumat yang diterima. Bila gelombang yang kita kirimkan adalah kebimbangan, keraguan dan kerisauan, maka anggota tubuh lain yang juga memiliki getombang tenaga akan segera merespons kebimbangan, keraguan dan kerisauan tersebut dalam bentuk yang merugikan. Keadaan ini terjadi kerana Hado m

harapan yang tak sampai

Image
Pagi semalam aku sapu sampah di bilik, dan aku lihat sekeping kertas memo putih di ruang sebelah mejaku. Di kertas itu tertulis angka 4.00. Kertas itu aku lekatkan di dinding sebelah meja belajar aku semasa awal semester ini. Kini, ia telah gugur. Begitulah juga gugurnya sebuah harapan. Itu adalah harapanku semasa awal semester ini, ingin cuba mendapatkan 4.00 untuk semester akhir ini. Namun ianya mustahil kini. Salah aku kerana aku hanya berharap tanpa meletakkan semaksimum usaha untuk mencapainya. Memang aku meletakkannya di dinding, tapi aku tidak melihatnya selalu. Aku meletakkannya di bawah lampu dan agak terselindung. Gamnya pun tak kuat. Namun itu bukanlah penyebab utamanya. Aku adalah penyebab utamanya. Sepertimana aku tidak meletakkan ia jelas di depan mataku, begitu jugalah aku tidak meletakkan matlamatku dalam kondisi yang jelas. Sepertimana aku tidak melekatkannya dengan gam yang kuat, begitu jugalah kadar usahaku yang tidak bersungguh-sungguh. Maafkan aku, keran

Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

Image
Oleh: Al-Ustaz Dr. Fathi Yakan Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Sa ya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah ke atas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam. Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: " Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul." (an Nisa’ 165) Dan firman maksudnya: " dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu

melepaskan batok di tangga

Image
haa.... ni ada sikit maklumat nak kongsi. Mungkin ramai yang belum tahu tentang ni. Tapi mungkin juga ada yang dah tahu.. Saya pun baru tahu semasa kelas terjemahan. Peribahasa "melepaskan batok di tangga". Dulu2 saya pun pelik, kenapa peribahasa ni maksudnya membuat kerja dengan tidak sungguh2..sedangkan saya tak dapat nak kaitkan dengan pengibaratan itu. Tidak simbolik dengan maksudnya. Sebenarnya, memang kita salah faham sebenarnya... untuk maklumat lanjut, ini saya ada petik dari blog seseorang ( http://selangor2u.com/blog/current-issues/tahukah-anda/peribahasa-umpama-melepaskan-batok-di-tangga-berasal-dari-indonesia/ ) Sebenarnya ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini. Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyedok

....

Image
assalamualaikum...yesterday when I look "her" blog, I got many inspiration. Her blog look very nice with white background and decorated with strawberry picture.... look sweet. So, I want to add something like that as well. Here, I presenting to anybody who view this page, a strawberry chocolate cake picture for your couple of eyes...

Gunung Bunga Buah

Image
Apabila menyebut tentang Genting Highland, pastinya kita akan segera membayangkan keriangan dan suasana yang menyeronokkan. Namun jika disebut Gunung Bunga Buah pula, kemungkinan anda semua akan mengerutkan dahi seolah-olah tidak pernah mendengarnya. Tidak diketahui oleh ramai orang, namun Gunung Bunga Buah sebenarnya merupakan puncak kegemaran pendaki dari bandar dan pendaki di kala hujung minggu memandangkan lokasinya yang berhampiran dengan Kuala Lumpur. Perjalanan ke gunung ini memakan masa selama 40 minit pemanduan dari ibu negara. Ia juga merupakan sebuah denai latihan yang terkenal bagi mereka yang ingin berlatih mendaki gunung sebagai persediaan untuk pendakian yang lebih mencabar seperti di Gunung Tahan, Gunung Kinabalu dan sebagainya. Tetapi itu tidak bermakna seseorang dapat menawan Gunung Bunga Buah dengan mudah. Kemungkinan terdapat satu daripada beberapa puncak yang lurahnya lebih mencabar daripada trek mendaki. Perjalanan mendaki bermula dengan satu perjalanan pa