Transformasi Cik Seri


Anak kecil yang baru lahir, kalau asyik menangis tak berhenti dalam satu tempoh yang lama, ada yang berpendapat bahawa nama yang diberikan tidak serasi dengan dirinya.

Jadi, dinasihatkan menukar nama tersebut kepada nama lain bagi meredakan tangisnya. Blog saya tak menangis tapi hati saya yang sedih. Jadi, saya pun rasa nak tukar nama blog ni daripada IMAAZMIRA kepada Laman Hati Cik Seri. Memang Seri tu tak ada kaitan langsung dengan nama saya. Tapi saya rasa selesa nak bahasakan diri dengan nama itu dalam blog ini. Mintak maaf kalau ada yang tak suka ye. Tentang nama cik seri ni, sebenarnya saya teringat akan satu drama di TV3 semasa Hari Raya Aidilfitri yang tajuknya saya tak ingat tapi adala macam bunyi PELITA BULUH apa entah….kurang ingat pulak. Yang dilakonkan oleh Elly Mazlin, Ogy dan ramai lagi. Dalam cerita tu, Si Elly Mazlin ni adalah kolumnis dalam satu ruangan surat khabar. Dia guna nama Cik Seri la dalam ruangan tu. Pada akhir cerita tu, si Elly ni meninggal dunia. Dan coretan akhirnya sebagai Cik Seri tu terbit dalam akhbar pada hari hari raya dan menyatakan perasaanya. Nama cik seri ni mungkin dah agak biasa jugak kan?? Tapi tak apalah. Nak jugak guna nama ni.

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition

kasih buat Adam