tentang cita-cita ..tentang kerja..

Idea pasal nak tulis benda ni dah terjelma 2-3 hari yang lepas. Sekadar bermain-main di minda sahaja. Aku memang teringin laam dah nak tulis pasal benda ni. Benda ni memang sangat memberi tekanan dalam hidup aku dan aku rasa kepada orang lain juga. Benda ni pasal kerja la. Bukan la nak cerita pasal kerja tu sendiri tetapi kepada pencapaian seseorang dalam hidup la. Tapi bila bercakap pasal pencapaian hidup ni kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan kerja, karier, pendapatan dan lain-lain perkataan yang ada kaitan dengan pencapaian yang bersifat duniawi ni la. Ok.. dalam entri ni aku nak cerita segala yang terpendam dalam sanubari aku sebagai seorang manusia yang hidup pada zaman ini.

Kalau diimbas balik semasa aku kanak-kanak, aku punya cita-cita yang pelbagai. Antara yang pernah aku ungkapkan..

Masa aku masih mentah dalam umur 2-3 tahun tatkala baru boleh bercakap, aku ditanya oleh saudara mara.

Saudara : timah besaq nanti nak jadi apa ?
Timah : Beruk

Percayalah. Itulah yang mak aku cerita.

Perkataan cita-cita pertama kali aku dengar adalah semasa aku berada dalam darjah satu. Masa tu cikgu Fathiyah selaku guru kelas menemuduga setiap pelajar dalam rangka mengisi borang yang tak silap aku berwarna biru. Aku menyatakan 3 cita-cita iaitu cikgu, doctor dan polis. Itu saja kerja yang aku tahu pada waktu itu. Ada dalam kalangan rakan sekelas yang menyatakan ingin menjadi “ komunis”… hahaha.. aku rasa mereka maksudkan askar.

Beranjak usia cita-cita lain pula yang terungkap. Dalam usia 10-11 tahun aku mengungkapkan cita-cita lain iaitu saintis, akauntan, professor, dan tak ketinggalan pelayan restoran. Pelayan restoran ??? alasan yang dikemukakan adalah, suka dengan pakaian seragamnya dan dapat makan yang sedap-sedap, kalau tak habis boleh bawa balik. Betapa kolotnya pemikiran ketika itu.

Beranjak ke sekolah menengah cita-cita berubah kepada pensyarah. Wah… begitu prestijnya. Sedap didengar. Dengan bangganya….

Sungguhpun aku menyatakan cita-cita namun usahaku tidaklah menjurus kepada apa yang aku cita-citakan. Pada aku belajar je lah dulu nanti nak masuk universiti buatlah keputusan. Aku bagaikan tiada fokus. Ya itulah aku dulu dan juga kini.

…..
Mungkin juga aku ni bodoh. Mempersiakan peluang yang ada. Tapi aku perlu sedar bahawa apa yang berlaku sudah ditetapkan sejak azali lagi. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Aku begini kerana aku yang ingin begini. Segalanya pilihan aku sendiri dan apa saja yang berlaku ke atas ku, aku tidak menyalahkan orang lain. Aku menjadi dewasa dengan pengalaman seumpama ini. Sesungguhnya cabaran ini tak dapat dirasakan oleh orang lain. Apa yang orang lain fikir tentang aku tak penting tapi apa yang penting adalah ketenangan aku dalam menjalani sebahagian daripada kehidupan ini.

Ya.. mungkin aku kesempitan dalam kehidupan ini. Tapi itulah yang terbaik buat aku. Bagaimana? Dengan kesempitan ini aku menjadi manusia yang bersederhana. Aku tidak berpeluang untuk berasa sombong dan bongkak. Dia tahu, mungkin aku akan bangga dir dan riak dengan kedudukan dan harta yang dimiliki.

Sungguhpun kita rasa kita ni ada kerja yang hebat, hidup senang, namun ada kala itu tak betul-betul merupakan satu kejayaan yang azali. Ada apa dengan kekayaan yang melimpah andai hidup terpaksa menanggung beban tekanan yang amat menyiksa jiwa


Aku suka begini. Biarpun hidup sederhana asalkan jiwa tidak tersiksa. 

Comments

Popular posts from this blog

kasih buat Adam

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition