Sejarah
SEJARAH....setiap orang pasti ada sejarah hidup masing-masing. Sama ada sejarah itu hitam atau putih... sejarah adalah nukilan kehidupan lampau yang sebenarnya menjadi satu aset yang sangat berharga untuk menghadapi masa depan..
Aku baru mendapat satu anlogi baru mengenai sejarah pada awal semester ini dalam sebuah kuliah. Seorang pensyarah muda pernah mengungkapkan bahawa sejarah itu adalah ibarat cermin sisi dalam perjalanan hidup. Ibarat cermin sisi yang begitu penting semasa memandu di jalan raya, begitulah pentingnya sejarah. Perlunya melihat cermin sisi kerana kita terhalang oleh titik buta. Kebutaan itu mungkin adalah kenaifan dan ketidakcukupan pengalaman kita mengenai arus hidup. Justeru, perlunya cermin sisi untuk memperlihatkan apa yang kita tidak dapat lihat, namun sebenarnya wujud. Namun, dalam pemanduan tersebut, kita tidak hanya memandang cermin sisi sahaja tanpa memberi perhatian di hadapan. Masa depan perlulah diperhati terus, namun jangan tinggalkan sejarah. Kerana sejarah memberi isyarat...atau sejarah mungkin berulang....
Comments