Gunung Bunga Buah
Apabila menyebut tentang Genting Highland, pastinya kita akan segera membayangkan keriangan dan suasana yang menyeronokkan. Namun jika disebut Gunung Bunga Buah pula, kemungkinan anda semua akan mengerutkan dahi seolah-olah tidak pernah mendengarnya. Tidak diketahui oleh ramai orang, namun Gunung Bunga Buah sebenarnya merupakan puncak kegemaran pendaki dari bandar dan pendaki di kala hujung minggu memandangkan lokasinya yang berhampiran dengan Kuala Lumpur. Perjalanan ke gunung ini memakan masa selama 40 minit pemanduan dari ibu negara. Ia juga merupakan sebuah denai latihan yang terkenal bagi mereka yang ingin berlatih mendaki gunung sebagai persediaan untuk pendakian yang lebih mencabar seperti di Gunung Tahan, Gunung Kinabalu dan sebagainya. Tetapi itu tidak bermakna seseorang dapat menawan Gunung Bunga Buah dengan mudah. Kemungkinan terdapat satu daripada beberapa puncak yang lurahnya lebih mencabar daripada trek mendaki.
Perjalanan mendaki bermula dengan satu perjalanan panjang yang tidak begitu sukar . Perjalanan ini perlu melalui jalan tar yang telah melalui proses luluhawa sehingga menjadikan laluan tersebut berbatu-batan. Ada yang mengkhabarkan bahawa jalan tersebut merupakan sebahagian daripada jalan lama menuju ke Genting Highland kira-kira 20 tahun lalu. Keadaan jalan tersebut masih seperti keadaan asalnya. Ia merupakan perjalanan selama 20 minit menuju ke punca air yang pertama dan 30-40 minit untuk sampai kepada satu ruang bukaan kecil yang menjadi titik permulaan denai semulajadi tersebut. Anda tidak mempunyai masa untuk memanaskan badan atau melihat-lihat alam semulajadi di persekitaran tersebut kerana terdapat denai berlumpur yang tiba-tiba mencuram daripada jalan berturap.
Pendakian ini singkat, namun kerana disusuli oleh lurah mencuram yang dalam menyebabkan pendakian ini rumit dan memakan masa. Lurah tersebut meliputi satu pertiga daripada keseluruhan perjalanan. Walau bagaimanapun, keindahan pendakian bermula di ‘dasar’ lurah mencuram. Pendakian kemudiannya akan melalui turun naik merentasi satu siri puncak bukit yang memberikan harapan palsu kepada pendaki seoalah-olah mereka telah berjaya menawan puncak Bunga Buah. Satu daripada tempat terbaik untuk berhenti rehat adalah sebuah rabung batu. Rabung tersebut mengingatkan kepada salah satu latar yang terdapat di Bukit Batu Tabur, Hulu Kelang.
Tidak berapa lama pendakian ini, wajah persekitaran yang pada mulanya dipenuhi tumbuh-tumbuhan mula bertukar. Daripada hutan lembap dan disertai belukar tebal, pemandangannya berubah kepada pokok-pokok beraltitud tinggi yang diselaputi lumut. Semakin hampir ke puncak, semakin tebal lumut yang menyelaputi pokok-pokok tersebut. Keadaan ini memberikan satu perasaan misteri di denai tersebut.
Kira-kira 30 minit perjalanan dari puncak terdapat sumber air yang lain. Namun kedudukannya hampir disorok oleh ketebalan hutan dan agak sukar untuk mengesannya. Kepada mereka yang bercadang untuk bermalam di puncak, mereka perlu berhenti di sini untuk menambah bekalan air bersih. Ini kerana ia merupakan perhentian terakhir untuk mendapatkan bekalan tersebut.
Comments