Pemandangan Merah di Cameron Highland



Sekiranya anda tidak tahu ke mana arah destinasi yang ingin dilawati, ladang strawberi Kasimanis merupakan tempat terbaik sebagai permulaan. Kedudukannya terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang berhampiran simpang masuk ke Resort Taman Strawberi.

Sesiapa yang mengusahakan tanaman Kasimanis pastinya seseorang yang menggemarinya dan telah sebati minat tersebut dalam dirinya. Anda juga akan turut merasakannya apabila sejam menikmati strawberi bersama angan-angan masing-masing dalam pelbagai bentuk yang boleh digambarkan. Antaranya seperti teh, jus, ais batang, aiskrim, jem, biskut, kek, dan semestinya strawberi yang segar. Kini, strawberi kering dengan jangka hayat simpanan yang lebih lama juga mampu memberikan keuntungan yang besar. Percaya atau tidak, ia akan menyebabkan bibir anda menjadi merah. Terdapat seorang pelawat yang pernah terdengar seseorang menyatakan bahawa bibirnya lebih mekar berbanding teman wanitanya.

Asal-usul strawberi agak menarik sepertimana warnanya yang menarik. Beri-beri kecil ini tergolong dalam keluarga Rosaceae, keluarga kecil Rosoideae, yang mempunyai kaitan dengan bunga ros atau mawar. Terdapat 34 jenis strawberi yang ditemukan di seluruh pelosok dunia namun hanya sebahagian sahaja yang ditanam secara komersial seperti strawberi Fragaria Moschata atau Hautboy dan strawberi Fragaria Vesca atau Alpine.

Jenis yang ditemui di Cameron adalah jenis Fragaria X Ananassa yang dikacukkan secara tempatan antara Fragaria Virginia (dikenali melalui keenakan rasanya) dan Fragaria Chiloensis (saiz buahnya yang besar).

Perkataan Inggeris-Saxon “straw” bermakna menyebarkan. Ini kerana buah yang ditanam tumbuh berganda menerusi penyebaran “stolon” atau “sulur”. Perkataan ini memberikan nama awalannya kepada nama “strawberi”. Nama tersebut juga telah diistilahkan daripada amalan penggunaan suntikan-pupuk untuk pengembangan buah tersebut. Fragaria X Ananassa atau Strawberi Kebun, pertama kalinya dibawa masuk oleh petani Inggeris dan hari ini, penanaman strawberi di sini dianggap sebagai satu ‘seni termahal’ atau ‘tersohor’.

Pusat penjagaan dan gerai-gerai berangkaian yang bercambahan di sepanjang jalan-jalan utama menjalankan perniagaan yang laris dengan menjual pokok strawberi secara berpasu. Namun begitu, untuk memastikan tumbuhan ini kekal hidup bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kesilapannya mungkin kerana terlebih mengairi tanaman tersebut sehingga menyebabkan akarnya menjadi reput. Tempatkan ia di tempat yang teduh dan sentiasa memangkas sulur pautnya bagi memastikan buahnya membesar dengan lebat,” ujar Ah Yan, pengusaha ladang di Brinchang. Ladang kepunyaan Ah Yan ini dilengkapi dengan kawasan tadahan yang menitiskan keperluan tanaman dengan jumlah air yang telah ditetapkan berserta selingan nutrien secukupnya. Kaedah ini dapat menjimatkan masa dan para pekerja pula boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti memetik buah dan kerja-kerja pemangkasan.

Mengapa sesetengah strawberi berasa masam? “ Kebanyakan pengusaha memetik buah dua atau tiga hari lebih awal bagi tujuan simpanan untuk pelawat hujung minggu. Buah yang belum masak rasanya lebih masam namun ia tidak akan tercalar dengan mudah. Keadaan ini menjadikan proses pengawalan dan pembungkusan dapat berjalan dengan baik ” kata Goh Chi Seong, 27 tahun, yang menjual strawberi di Sungai Palas. Beliau menyatakan bahawa buah-buah strawberinya dipetik apabila telah masak dan sudah semestinya rasanya sangat manis. Strawberi biasanya dijual pada harga RM7 untuk timbangan seberat 500 gram, namun terdapat sesetengah penjual membungkusnya dalam kotak agar mereka dapat meletakkan harga yang lebih tinggi.

(petikan atas adalah hasil terjemahan rakan dan saya, dipetik daripada keratan akhbar the Star)


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Bunga Buah

Terima kasih buat pensyarah-pensyarahku di UUM

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul