air mempengaruhi akal dan jasad









(sumber: http://penawaralami.wordpress.com/2007/09/20/air-mempengaruhi-akal-dan-jasad/)


Bagaimana caranya air mempengaruhi akal dan jasad kita? Dr. Masaru Emoto mengemukakan hasil penelitian tentang kuasa yang mempengaruhi kualiti air dan kristal air yang terbentuk dengan nama Hado.

Hado adalah kuasa/ tenaga yang sukar dilihat dan berbentuk gelombang. Kuasa / tenaga ini boleh berbentuk positif atau negatif dan mudah dipindahkan dari satu benda ke satu benda yang lain. Makna kata “kamu tidak berguna” mempunyai Hado tersendiri yang akan muncul dalam bentuk kristal air yang buruk. Sebaliknya dengan kristal air yang cantik terbentuk dari tuturan kata-kata positif. Hado akan menyampaikan respons terhadap maklumat yang diterima.

Bila gelombang yang kita kirimkan adalah kebimbangan, keraguan dan kerisauan, maka anggota tubuh lain yang juga memiliki getombang tenaga akan segera merespons kebimbangan, keraguan dan kerisauan tersebut dalam bentuk yang merugikan. Keadaan ini terjadi kerana Hado merupakan gelombang tenaga yang beresonansi dengan air yang 70% merupakan komponen jasad kita.

Salah satu yang dikenalpasti adalah kebimbangan, keraguan dan kerisauan yang menyebabkan sakit pinggang atau sakit belakang yang berpanjangan. Ini adalah akibat dan maklumat-maklumat negatif yang datang dari fikiran kita sendiri. Berbeza hasilnya jika kita sentiasa berfikiran positif dan santai menghadapi apapun yang terjadi. Semakin berkurangan fikiran atau perasaan negatif yang kita kirimkan daLam jasad kita, akan semakin kecil kemungkinan penyakit yang datang kerana kekebalan tubuh (sistem imun) meningkat.


nota cik seri: yang dekat atas tu gambar kristal-kristal air yang positif

Comments

Anonymous said…
mmg kite rase kagum ngn ape yg ALLAH s.w.t ciptakan ni..aku pun terpegun dengan ciptaanNYA..

Popular posts from this blog

Gunung Bunga Buah

Terima kasih buat pensyarah-pensyarahku di UUM

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul