Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah
Oleh: Al-Ustaz Dr. Fathi Yakan Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Sa ya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah ke atas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam. Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud: " Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul." (an Nisa’ 165)
Dan firman maksudnya: " dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu ...