Tiada hati ketika berzikir?


Cik Seri ingin menyiarkan kata-kata yang dinukilkan oleh Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari dalam al-Hikam. Sumber sekunder petikan ini adalah daripada ruangan Mutiara Tasawuf dalam majalah Solusi isu 25.

“Jangan kamu meninggalkan zikir kerana merasakan tidak adanya kehadiranmu (tumpuan) bersama Allah ketika berzikir itu. Sebab kelalaian kamu daripada berzikir (tidak berzikir langsung) adalah lebih berbahaya berbanding kelalaian kamu ketika sedang berzikir walaupun tanpa tumpuan. Mudah-mudahan Allah S.W.T mengangkat (mengurniakan) kamu daripada (maqam) zikir dalam keadaan lalai kepada zikir dalam penuh kesedaran, daripada zikir penuh kesedaran kepada zikir yang penuh tumpuan, daripada zikir penuh tumpuan kepada zikir yang dapat melupakan segalanya kecuali Zat Yang Maha Sempurna yang hanya (Dia) layak diingati. Hal itu tidaklah sukar bagi Allah Yang Maha Mulia.”

Membacakan ayat-ayat ini membuatkan kita sedar bahawa kita sangat-sangat dituntut untuk senantiasa membasahkan lidah untuk berzikir walaupun hati tak hadir. Sememangnya sukar untuk kita sentiasa berzikir kerana banyaknya halangan yang sentiasa menghalang hati daripada sentiasa berzikir. Antaranya adalah disebabkan hati yang penuh dosa selain bisikan syaitan dan iblis yang sentiasa mahu manusia lalai daripada mengingati Allah Yang Maha Esa. Namun hati hendaklah dipaksa untuk berzikir.

Zikir itu terlalu mahal harganya. Sebab itulah kita tidak dapat membelinya dengan nilai keimanan kita yang rendah. Cubalah dibandingkan zikir dengan kata-kata yang sia-sia tanpa sebarang makna. Manakah yang mudah meniti di bibir kita? Bandingkanlah juga dengan kata umpatan nista dan fitnah. Lagilah kita suka untuk menyebut-nyebutnya. Itu juga sudah menunjukkan bahawa zikir itu mahal. Jadi kita harus membelinya dengan nilai keimanan dan ketaqwaan yang sebanding harga zikir yang suci itu. Apabila meningkatnya iman dan taqwa, semakin mudahlah zikir akan hadir di bibir dan hati. Ianya adalah timbal balik. Dengan selalu berzikir juga akan meningkatkan iman dan taqwa. Berzikirlah dalam keadaan apa jua. Ayuh mari berzikir!

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR LAHAWLAWALA QUWWATAILLABILLAH

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition