melepaskan batok di tangga


haa.... ni ada sikit maklumat nak kongsi. Mungkin ramai yang belum tahu tentang ni. Tapi mungkin juga ada yang dah tahu.. Saya pun baru tahu semasa kelas terjemahan. Peribahasa "melepaskan batok di tangga". Dulu2 saya pun pelik, kenapa peribahasa ni maksudnya membuat kerja dengan tidak sungguh2..sedangkan saya tak dapat nak kaitkan dengan pengibaratan itu. Tidak simbolik dengan maksudnya. Sebenarnya, memang kita salah faham sebenarnya...
untuk maklumat lanjut, ini saya ada petik dari blog seseorang (http://selangor2u.com/blog/current-issues/tahukah-anda/peribahasa-umpama-melepaskan-batok-di-tangga-berasal-dari-indonesia/)

Sebenarnya ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.
Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam tempayang untuk basuh kaki.
Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayan atau di atas penutup tempayan bukannya di atas tangga macam tu je.
Jadi peribahasa ini bermaksud orang yang buat kerja tidak sempurna atau hanya amek syarat atau dengan kata lain membuat kerja tidak bersungguh-sungguh. Mungkin boleh disamakan dengan hangat-hangat taik ayam dipegang panas dicium jangan.


Dekat atas tu la gambar "batok" kalau nak tau...bukan batuk yang macam dalam iklan ubat batuk cap ibu dan anak atau cap kelapa laut Afrika....

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition