harapan yang tak sampai



Pagi semalam aku sapu sampah di bilik, dan aku lihat sekeping kertas memo putih di ruang sebelah mejaku. Di kertas itu tertulis angka 4.00. Kertas itu aku lekatkan di dinding sebelah meja belajar aku semasa awal semester ini. Kini, ia telah gugur. Begitulah juga gugurnya sebuah harapan. Itu adalah harapanku semasa awal semester ini, ingin cuba mendapatkan 4.00 untuk semester akhir ini. Namun ianya mustahil kini. Salah aku kerana aku hanya berharap tanpa meletakkan semaksimum usaha untuk mencapainya. Memang aku meletakkannya di dinding, tapi aku tidak melihatnya selalu. Aku meletakkannya di bawah lampu dan agak terselindung. Gamnya pun tak kuat. Namun itu bukanlah penyebab utamanya. Aku adalah penyebab utamanya. Sepertimana aku tidak meletakkan ia jelas di depan mataku, begitu jugalah aku tidak meletakkan matlamatku dalam kondisi yang jelas. Sepertimana aku tidak melekatkannya dengan gam yang kuat, begitu jugalah kadar usahaku yang tidak bersungguh-sungguh. Maafkan aku, kerana tidak dapat mencapainya. Kalau sekadar usaha yang sederhana, HANG JANGAN MIMPILA!!!!! PADAN MUKA!!!

Tapi apa pun aku akan mencuba yang terbaik setakat yang mampu.


Comments

kapten said…
xper..insyALLAH boleh cuba lagi....

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition