Khabar Terkini


assalamualaikum.. dan salam sayang

seriously... dah lama sangat kot aku tak kemaskini blog aku ni. sebenarnya bukan x ada perkembangan tapi aku macam tak ada mood nak tulis kat blog ni. lagipun bukan ada sapa2 yang baca pun. sekarang ni , perkembangan terbaru adalah SELAMAT TAHUN BARU 2012 walaupun sekarang dah masuk bulan 2 pun dalam tahun ni. dan bulan ni merupakan bulan kelahiranku. pada 17 hb 2 nanti aku akan genap berusia 26 tahun. tua dah kan?? Tahun ni jugak lah aku mula kerja setelah lama menganggur.hmm.. Alhamdulillah.. aku kini kerja di sebuah agensi pengiklanan sebagai admin executive cum media buyer. seriously kerja ni agak simple dan relaks. aku nk cari pengalaman kerja sikit2 dan juga mencari wang untuk meneruskan kehidupan di kota raya ini. namun paling utama kerja ni mestilah niat ikhlas kerana Allah. tapi nak cakap pasal kerja ni memang ada waktu nya yang sangat lapang. sampaikan kadang bila datang kerja tak buat apa2 langsung sebab kerja ni bila ada masa sibuk barulah akan sibuk. jadi bila tak ada kerja, aku just surf internet layan fb..hehe.. jangan marah. ya la sebab aku tak ada apa nak buat. dah tu, aku sorang2 pulak kat dalam office ni. seriously, kerja ni memang akan membosankan bagi orang yang tak boleh duduk sorang2. tapi memandangkan kesepian tu dah lama menjadi teman aku, so aku tak kisah. tak tahula orang lain mungkin akan menderita kot. tapi ya lah,,, aku rasa aku pun tak lama kot kat sini. rasanya tahun depan mungkin aku akan beralih arah mencari kerja lain. bukannya aku tak suka kerja kat sini tapi aku nak mencari sesuatu yang lebih lagi.. aku bagi peluang kat orang lain pula lah kerja kat sini. ceh..baru kerja sebulan dah berangan nak tukar kerja..huhuh.. tak salah kan??


Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition