hanya ingin BERSYUKUR

ALHAMDULILLAH...

Ya Allah…..

Hari ini aku ingin mengekspresikan rasa syukurku yang tidak terhingga dalam blog ini.

Ya Allah

Terima kasih atas segala pemberianMu buatku

Nikmat yang paling aku syukuri adalah nikmat iman dan Islam. Walaupun aku tahu keimananku tidaklah setebal mana namun aku bersyukur Ya Allah kau jadikan aku hamba yang mengenaliMu. Terima kasih kerana menjadikan aku salah seorang ummat kekasihMu. Terima kasih kerana melimpahkan aku sedikit ilmu agar aku tahu apa itu Islam.

Ya Allah terima kasih kerana memberikan aku nyawa yang berada dalam jasadku ini. Kau menjadikan aku dari dalam rahim ibuku. Sehingga aku selamat dilahirkan dalam keluargaku yang serba tidak sempurna. Namun di situ ku akui ku punya tanggungjawab. Ya Allah terima kasih memberikan aku ibu dan bapa yang bertanggungjawab memelihara aku dari kecil hingga kini. Semua iti adalah hasil pemberianMu juga.

Ya Allah terima kasih kerana memberi aku hidayah. Memberikan aku keinsafan dari perbuatan jahil yang lalu. Sungguh aku menyesal atas apa yang berlaku. Namun aku menganggap itu adalah ujian dariMu dan hikmah agar aku sentiasa mengharap padaMu.

Ya Allah terima kasih kerana menjadi pemeliharaku walau di mana aku berada. Aku sangat bersyukur kerana Kau sentiasa ada dekat denganku, menjadi pelindungku setiap saat. Aku selamat kerana perlindunganMu dan aku mohon teruslah melindungi aku dan jangan tinggalkan aku. Jangan Kau palingkan wajahMu dariku kerna tanpaMu siapalah aku.

Ya Allah terima kasih kerna memberikan rezeki untukku dari sehari ke sehari. Aku sangat menghargai pemberian ini. Cukuplah dengan apa yang aku ada. Biarlah hidup bersederhana cuma asalkan aku tenang dan asalkan Kau ada di hatiku.

Ya Allah terima kasih kerana memberikan sedikit nur kebaikanMu ke dalam jiwaku agar aku dapat bersikap baik walaupun kejahatan amatlah banyak dalam diri ini. Namun aku mohom bimbinglah aku sentiasa. Setiap kebaikan yang aku lakukan adalah daripadaMu jua…..

Terima kasih banyak-banyak Ya Allah.

Ya Allah aku hanya ingin menjadi hambaMu yang pandai bersyukur…

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition