kita kah?

Ramai manusia yang apabila ditimpa kesusahan baru nak ingat kepada Allah. Tidak terkecualilah diri ini. Ada kalanya aku sendiri tidak suka dengan keadaan ini. Tapi, keterlekaan kita tu kadang-kadang mendominasi plot cerita kehidupanku. Padahal aku tahu, tidak sepatutnya itu yang terjadi. Walau apa pun, sebenarnya kita yang perlu mengawal diri dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Binalah ia...

12. dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam Segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah Dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan Yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) Demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang Yang melampau apa Yang mereka lakukan.

83. dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, Jadilah ia berputus asa.

11. dan ada di antara manusia Yang menyembah Allah Dengan sikap dan pendirian Yang tidak tetap, Iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya Dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian Yang terang nyata.

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition