BAIKI HUBUNGANMU DENGAN ALLAH



Baru-baru ini aku membaca satu artikel Islam yang bertajuk “Baiki hubunganmu dengan Allah”. Ya..sangat kena pada masanya. Tatkala itu sememangnya hubungan aku denganNya tidaklah di tahap yang begitu taqarrub. Terasa semakin jauh hanyut dibawa bersama dosa-dosa yang bersaiz kecil dan ada juga bersaiz besar. Molekul-molekul dosa ini meluaskan lagi jurang antara seorang hamba dengan Penciptanya. Berbalik kepada artikel yang aku sebutkan tadi, ianya begitu menarik pada aku. Timbul kesedaran yang sedikit menginsafkan. Antara yang begitu terkesan adalah sentuhan penulis terhadap beberapa cerita ulama di Baghdad, Ibn Aslam sekitar abad ke-3 Hijrah. Menampilkan kisah seorang abid yang begitu merahsiakan amal ibadahnya kerana takut timbulnya riak. Menceritakan kepada kita bahawa keikhlasan itu adalah rahsia antara hamba dan Allah S.W.T. Penulis juga menjelaskan dalam artikel tersebut bahawa, jika seorang itu menjaga hubungannya dengan Allah, maka hubungannya dengan manusia juga akan terjaga dengan sendirinya namun mestilah disertai dengan keikhlasan dan bukanlah dengan sifat yang bangga dan mahu menunjuk-nunjuk kepada manusia lain. Andai tidak ikhlas, hanya akan mengundang kebencian manusia terhadap kita. Sekiranya kita membantu Allah, pasti Allah akan membantu kita. Mungkin kita belum pernah rasai pengalaman itu. Cubalah renungkan kembali hubungan kita dengan manusia. Antara kita mungkin ada yang wujud perasaan tidak suka, bermusuhan, berdendam, saling membenci. Tidak mustahil jika dikatakan, mungkin wujud sesuatu yang tidak kena terhadap hubungan kita dengan Allah S.W.T. Renung-renungkan. Bersamalah kita mencari redha Allah terlebih dahulu. Barulah kita akan bertemu ketenangan dalam hablum minannas.

Ketahuilah.. syurga itu mahal… tidak semudah melafazkan “Aku ingin masuk syurga”.. Setiap amal dan kelakuan di dunia ini pasti ada timbangannya biar sebesar zarah. Cukupkah amal kita ini untuk melayakkan kita ke syurga? Cuma ada 2.. syurga atau neraka? Tiada yang di tengahnya. Pilihan di tentukan oleh kita sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition