Aqli dan Qalbi … dua kejadian…
Bersemayam dalam hayat setiap insan
Aqli dan Qalbi yang memandu hayat insan di lorong-lorong yang sentiasa bersimpang antara kebaikan dan kejahatan
antara haq dan batil
Aqli dan Qalbi yang sahih adalah Aqli dan Qalbi yang disirami wahyu dan Sunnah Rasul junjungan
Menumbuhkan bunga dan buah dalam kehidupan Abid ini
Aqli dan Qalbi… usah kecewakan jasadi dan ruuhi
Ketenangan hayaati adalah petanda sihat, sakit, atau matinya Qalbi
Qalbi, Qalbi,… Qalbi ini sentiasa naik dan jatuh martabatnya
Qalbi ini terkadang lapar dan dahaga
Jasadi tidak memberikan santapan rohani pada Qalbi
Aqli dan Qalbi.. terhimpun pada keduanya ilmi yang disusuri oleh jasadi dan ruuhi menerusi benih-benih ilmu yang dituntaskan atas dasar keikhlasan hanya kerana Dia Rabbi
Aqli dan Qalbi.. seiringkanlah fitrah kamu berdua..agar menuju hanya ke destinasi redhaNya. Usahlah kamu berdua terpisah dek noda dunia yang tidak henti-henti membawa jasadi dan ruuhi ke arah murkaNya Ilahi.
Aqli dan Qalbi,
Berjuanglah kamu melawan nafsi..
Nafsi ini hanya dapat ditewaskan oleh kamu berdua. Nafsi ini membinasakan jasadi dan ruuhi
Nafsi ini tidak dapat ditundukkan andai Aqli dan Qalbi tidak kukuh pada landasan yang hakiki
Bangunlah Aqli dan Qalbi.. langkah kamu mestilah sejati, menuju hanya pada dia Rabbi,
Usah terhalang oleh lantera iblis wa syaitaan..kerna mereka musuh yang nyata
Aqli dan Qalbi.. kamu pencorak khatimah hayaati
Akan aku basuh Qalbi ini dengan curahan kesolehan, ketaqwaan, dan keimanan sejati
Qalbi ini adalah raja dalam jasadi, Qalbi, kaulah penentu hayaati, pemerintah kerajaan jasadi dan ruuhi
Qalbi adalah ainun hayaati.. tanpamu Qalbi, hayaati entah ke mana..
Nyawa dan jiwa ini, kita kongsi,.. antara Aqli, Qalbi, Nafsi, Jasadi, dan Ruuhi dalam epik yang bernama Hayaati..
Ya Allah… Nawwir Qalbi
Nukilan
Nawwir Qalbi Hayaati
Kedah

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition