selamat berjuang

Malam siang berlalu gerhana kesayuan tiada berkesudahan
Detik masa berlalu tiada berhenti oh syahdunya
sejenak ku terkenang hakikat perjuangan penuh onak dan cabaran
Bersama teman-teman harungi kehidupan oh indahnya
Berat rasanya di dalam jiwa untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta yang terbina ia kan selamanya
Selamat berjuang sahabatku semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan…
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwaku merana dan meronta mengharapkan kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi ku akur pada hakikat suka dan duka perjuangan perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Selamat berjuang sahabatku semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Teman
Betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini
TERUSKAN PERJUANGAN

Comments

kakak said…
"sekuat mana pun godaan yg kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yg harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yg kita rasai, sejenuh mana pun hari2 yg kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Ilahi, jangan pernah berhenti berdoa kpd Rabbi kerana harapan adalah masa depan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah senjata bagi seorang pejuang yang beriman.."

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition

kasih buat Adam