apakah kita cendekiawan muda?

Sebenarnya,
Aku tidak bijak,
Biarpun aku kini di menara gading, namun aku bukanlah seorang cendekiawan
Aku terlempar di sini bak dipukul taufan zaman
Zaman intelek yang serba kompleks
Ku akui banyaknya buku yang aku jinjing ke sana ke mari
Namun aku tidak pasti apakah ia bersemadi di hati dan fikiran ini
Apakah sudah membuah akal budi? Apakah sudah bercambah menjadi ilmu?
Aku sendiri keliru,
Ayuh insani,
Fikirkan kembali mengapakah kita di menara ini???
Apakah sudah tercapai misi??
Ku akui sukarku untukku keluarkan benih fikiran ideologi
Kerana aku bukan pintar
Namun apa yang aku mampu,
Aku hanya tahu bagaimana mencuba

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

Network Definition

kasih buat Adam