Posts

Showing posts from March, 2012

STPM

Semalam keputusan STPM diumumkan. Aku rasa prestasi tahun lepas bagus. Ini mengingatkan aku kepada kenangan STPM ku... Itulah detik yang paling manis aku rasa dalam sejarah pendidikan aku.. Bayangkanlah aku telah mendapat 4 A dalam STPM 2005. Memang aku tak menjangkakan. Bagaikan keajaiban.. huhuhu.. Ya la aku bukannya pandai pun. Masa ujian percubaan aku dapat teruk jugak. Alih2 masa STPM sebenar dapat 3.92.. Aku bajet aku kena repeat. sampaikan macam tu sekali. Mungkin rezeki aku la aku dapat macam tu. Tapi apa pun aku berrsyukur. Alhamdulillah. Sempena kejayaan tu aku dapatla sedikit habuan sumbangan daripada Tabung Haji dan Shell Malaysia yang berupa wang tunai. Tu lah kenangan terindah. Mak dan abah aku sangat bangga dengan aku pada waktu tu. Aku pun seronok juga tapi xdalah seronok sangat sebab aku rasa aku ni biasa saja cuma nasib aku baik. Kalau tanya balik pun sekarang apa yang aku belajar memang aku tak ingat. Selepas tu aku menyambung pangajian ke universiti dalam bidang Pen

Corat coret minggu lalu

SALAM ... hmmm..terasa nak update blog pula. entri sebelum ni cerita kata aku nak pi expo buku kat putrajaya. Alhamdulillah tercapailah sudah. Bajet aku untuk ekspo tu RM 100. tapi adala terlebih sikit sebab beli barang lain juga selain buku. Nak tahu buku apa aku beli? ni dia senarai: 1-Majalah Solusi isu 39 2-Novel Sebarkan Cinta-MU 3-Syamail Muhammad S.A.W. 4-Bertanya Tentang Tuhan selain buku aku beli 1-Inner tudung 2-Sabun limau purut 3-CD Zikir Terapi by Hafiz Hamidun Alhamdulillah aku dapat apa yang aku nak cuma aku tak dapat beli CD Keberkatan Selawat. Insyaallah nanti aku cari lagi dekat empat lain Semalam adalah hari pertama aku pi makan dekat restoren Johny's yang menghidangkan steamboat. Aku pi pun sebab roomate aku yang ajak. tak nakla menghampakan mereka. kalau aku seorang memang tak pergi punya. Kami makan semalam 3 0rang. Jumlah bilnya RM 54.05. hUHUHU... Tapi disebabkan ada duit, tak adalah menderita sangat rasanya. Lagipun bukannya selalu. Once in a blue moon kan.

Jalan-jalan hujung minggu

.. MASYUK… !!!. Alhamdulillah.. 2 hari sudah dihulurlah cek empat angka bernilai **** tu.. huhuhu… almaklumlah dah kering kontang. Bulan 3 ni masa hari cuti aku nak pi 2 tempat. Cadang2nya nak ke Expo Buku Islam 2012 di Putrajaya pada 3 hb. 17hb pulak nak ke ceramah anjuran NISA. Tu jelah aku nak pi.. Untuk pengetahuan engkau orang, aku ni bukannya jenis yang suka sangat jalan-jalan. Kalau aku rasa ada benda-benda yang menarik aku je aku akan pi. Kalau x da apa , aku suka duk rumah je. Selalunya aku kalau hari cuti aku kerja part-time dekat Laundry kat rumah aku. Aku sebenarnya boleh dikatakan terpaksa lah juga untuk kerja tu. Memanglah aku penat juga. Tapi aku mempunyai masalah ekonomi sikit. Jadi kena lah cari duit lebih walaupun tak banyak. Dan lagi pula aku menolong bos tu sebab pekerja dia cuti. Insyaallah kalau aku dah stabil nanti mungkin aku berhentilah bagi tujuan untuk merehatkan diri serta beralih kepada aktiviti lain. Sebagai galang ganti diri aku mungkin aku akan cuba menc