"Match Maker"






Lewat sebulan dua ni… ada juga peluang-peluang jodoh tu muncul. Adala 2-3 orang yang nak kenalkan dengan orang-orang tertentu. Namun, dalam hati dirasakan seperti tak berkeinginan pula nak menerima. Kalau ya pun aku kata nak, sebenarnya jauh di sudut hati “belum nak”. Aku punya pelbagai alasan untuk berasa begitu. Salah satunya adalah kerana citarasa aku yang tersangatlah tinggi. Dan satu alasan lagi adalah kerana “masalah peribadi” yang membelenggu aku. Kadang-kadang aku turut berasa belum puas membujang. Tapi apa-apa pun itu cuma orang je yang nak kenalkan. Tuan punya badan tak tahu dan tak pernah kenal pun aku. Entah-entah bila dah tengok aku, mereka pun tak berkeinginan agaknya. Entahlah..aku pasrah. Aku hanya mampu berdoa sekarang agar dapat jodoh seperti yang aku idam-idamkan. Beriman tinggi, berilmu dan berakhlak tinggi. Meletakkan agama di tempat yang paling tinggi dalam hidupnya. Aku juga harus menjaga diri dengan baik serta mematuhi syariat dalam perhubungan agar jodohku nanti diberkati. Aku juga mesti bina kehidupan sendiri terlebih dahulu dan membahagiakan mak abah serta membantu adik.

Comments

Popular posts from this blog

Network Definition

kasih buat Adam

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul