perlukah aku khabarkan..

Kau sering nampak kelemahan orang. Keburukan orang. terlalu cepat kau nampak kelemahan itu. tapi apakah kau berdosa kerana melihat kelemahan orang? Anggaplah itu sebagai ujian untuk menguji keimanan. K au dipertontonkan kelemahan itu bagi menguji dirimu. Adakah kau akan lindungi dan tutupi aib itu akau kau akan menyebarkan aib itu. setiap kali kau berbicara, kau ingin sahaja berkongsi aib orang lain itu dengan teman-temanmu. Dan di situ Allah mengujimu. Tegakah kau melakukan laranganNya? Tidakkah kau mahu DIA melindungi aibmu di sana? justeru, simpanlah aib yang kau lihat itu jauh dalam hati dan fikiran mu atau lupakanlah saja. Janganlah dikhabarkan pada yang lain aib itu. kerna jika tidak, kau telah memilih derita di sana. melihat, aibmu pula dipertontonkan di Mahsyar nanti...

Comments

Popular posts from this blog

tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul

kasih buat Adam

Network Definition