tentang cita-cita ..tentang kerja..
Idea pasal nak tulis benda ni dah terjelma 2-3 hari yang
lepas. Sekadar bermain-main di minda sahaja. Aku memang teringin laam dah nak
tulis pasal benda ni. Benda ni
memang sangat memberi tekanan dalam hidup aku dan aku rasa kepada orang lain
juga. Benda ni pasal kerja la. Bukan la nak cerita pasal kerja tu sendiri
tetapi kepada pencapaian seseorang dalam hidup la. Tapi bila bercakap pasal
pencapaian hidup ni kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan kerja, karier,
pendapatan dan lain-lain perkataan yang ada kaitan dengan pencapaian yang
bersifat duniawi ni la. Ok.. dalam entri ni aku nak cerita segala yang
terpendam dalam sanubari aku sebagai seorang manusia yang hidup pada zaman ini.
Kalau diimbas
balik semasa aku kanak-kanak, aku punya cita-cita yang pelbagai. Antara yang
pernah aku ungkapkan..
Masa aku masih
mentah dalam umur 2-3 tahun tatkala baru boleh bercakap, aku ditanya oleh
saudara mara.
Saudara : timah besaq nanti nak jadi apa ?
Timah : Beruk
Percayalah. Itulah yang mak aku cerita.
Perkataan cita-cita pertama kali aku dengar adalah semasa
aku berada dalam darjah satu. Masa tu cikgu Fathiyah selaku guru kelas
menemuduga setiap pelajar dalam rangka mengisi borang yang tak silap aku
berwarna biru. Aku menyatakan 3 cita-cita iaitu cikgu, doctor dan polis. Itu
saja kerja yang aku tahu pada waktu itu. Ada
dalam kalangan rakan sekelas yang menyatakan ingin menjadi “ komunis”… hahaha..
aku rasa mereka maksudkan askar.
Beranjak usia cita-cita lain pula yang terungkap. Dalam usia
10-11 tahun aku mengungkapkan cita-cita lain iaitu saintis, akauntan,
professor, dan tak ketinggalan pelayan restoran. Pelayan restoran ???
alasan yang dikemukakan adalah, suka dengan pakaian seragamnya dan dapat makan
yang sedap-sedap, kalau tak habis boleh bawa balik. Betapa kolotnya pemikiran
ketika itu.
Beranjak ke sekolah menengah cita-cita berubah kepada
pensyarah. Wah… begitu prestijnya. Sedap didengar. Dengan bangganya….
Sungguhpun aku menyatakan cita-cita namun usahaku tidaklah
menjurus kepada apa yang aku cita-citakan. Pada aku belajar je lah dulu nanti
nak masuk universiti buatlah keputusan. Aku bagaikan tiada fokus. Ya itulah aku
dulu dan juga kini.
…..
Mungkin juga aku
ni bodoh. Mempersiakan peluang yang ada. Tapi aku perlu sedar bahawa apa yang
berlaku sudah ditetapkan sejak azali lagi. Allah lebih tahu apa yang
terbaik untuk hambaNya. Aku begini kerana aku yang ingin begini. Segalanya
pilihan aku sendiri dan apa saja yang berlaku ke atas ku, aku tidak menyalahkan
orang lain. Aku menjadi dewasa dengan pengalaman seumpama ini. Sesungguhnya
cabaran ini tak dapat dirasakan oleh orang lain. Apa yang orang lain fikir
tentang aku tak penting tapi apa yang penting adalah ketenangan aku dalam
menjalani sebahagian daripada kehidupan ini.
Ya.. mungkin aku kesempitan dalam kehidupan ini. Tapi itulah
yang terbaik buat aku. Bagaimana? Dengan kesempitan ini aku menjadi manusia
yang bersederhana. Aku tidak berpeluang untuk berasa sombong dan bongkak. Dia
tahu, mungkin aku akan bangga dir dan riak dengan kedudukan dan harta yang
dimiliki.
Sungguhpun kita rasa kita ni ada kerja yang hebat, hidup
senang, namun ada kala itu tak betul-betul merupakan satu kejayaan yang azali. Ada apa dengan kekayaan
yang melimpah andai hidup terpaksa menanggung beban tekanan yang amat menyiksa
jiwa
Aku suka begini. Biarpun hidup sederhana asalkan jiwa tidak
tersiksa.
Comments