tentang cita-cita ..tentang kerja..
Idea pasal nak tulis benda ni dah terjelma 2-3 hari yang lepas. Sekadar bermain-main di minda sahaja. Aku memang teringin laam dah nak tulis pasal benda ni. Benda ni memang sangat memberi tekanan dalam hidup aku dan aku rasa kepada orang lain juga. Benda ni pasal kerja la. Bukan la nak cerita pasal kerja tu sendiri tetapi kepada pencapaian seseorang dalam hidup la. Tapi bila bercakap pasal pencapaian hidup ni kebanyakan orang akan mengaitkannya dengan kerja, karier, pendapatan dan lain-lain perkataan yang ada kaitan dengan pencapaian yang bersifat duniawi ni la. Ok.. dalam entri ni aku nak cerita segala yang terpendam dalam sanubari aku sebagai seorang manusia yang hidup pada zaman ini. Kalau diimbas balik semasa aku kanak-kanak, aku punya cita-cita yang pelbagai. Antara yang pernah aku ungkapkan.. Masa aku masih mentah dalam umur 2-3 tahun tatkala baru boleh bercakap, aku ditanya oleh saudara mara. Saudara : timah besaq nanti nak jadi apa ? Timah : Be...