kasih buat Adam
Sebenarnya, aku begitu kasihan kepada Adam hari ini
Ramai dalam kalangan Adam kini sudah hilang kekuatannya
Sudah hilang kepimpinannya
Sudah hilang perjuangannya
Lantaran banyaknya dugaan yang kau tempuhi wahai Adam
Aku kasih padamu kerana kamulah harapan kami
Harapan untuk membela Islam
Tapi aku kecewa dengan Adam hari ini
Adam yang aku harap2kan dapat melindungi kesucian agama Islam yang suci kini terbuai dengan keasyikan duniawi.
Cinta wanita telah membutakan kalian sehingga kalian tegarnya untuk menggadaikan harga diri yang kalian miliki
Aku juga kasihan padamu Adam kerana banyaknya ujian yang mendepani perjalananmu
Terdedahnya aurat-aurat golongan Hawa menyebabkan kalian terpikul dosa-dosa kecil dek memandangnya dengan pandangan yang diserta nafsu
Arus dunia tanpa sempadan bagaikan laut dosa andai dirimu tak berhati-hati mendayung perahu di lautan yang maha penuh dan sarat dengan godaan mata dan nafsu
Sekali kau terkapar dalam arus tersebut, sedikit demi sedikit iman mu tergugah lantaran maksiat mata dan hati. Andai kau tak tegah, maka dirimu susah. Dosa yang sedikit itu akan berkumpul menjadi titik hitam dalam hatimu lalu membutakan matamu sehingga kau tak dapat lagi melihat dunia ini dengan suluhan iman. Pandanganmu akan kemuliaan kian kabur, dan kau akan semakin jauh daripada Ilahi. Sekali kau jauh, susah untuk kau rapatkan kembali melainkan mujahadah yang tiada sudah.
Beratnya dugaanmu Adam
Andai tak punya iman yang teguh pasti kau akan jatuh wahai Adam
Adam, aku mengasihimu kerana Allah
Ku pinta padamu Adam, tolonglah..
kembalikanlah kegemilangan kaummu seumpama gemilangnya di zaman Rasulullah dan para salafussoleh
Adam, usahlah terlalu mengejar cinta wanita yang murah
Kamu selayaknya mendapat wanita yang semulia Khadijah, Aisyah, mahupun Fatimah
Hanya jika kamu menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh
Dalam setiap sudut hidupmu
Adam, ku seru padamu… usahlah meremehkan perihal bertandang jemaah di masjid
Kerna di situ terletaknya kekuatan
Aku sedih kerna masih ada antara kalian yang membuai maksiat tatkala azan bergema. Langsung tidak dihiraukan panggilan itu. Ku inginkan Adam yang bingkas bangun meninggalkan segala urusan dunia yang tidak penting tatkala berkumandangnya panggilan menyembah Ilahi. Yang tidak sabar-sabar bertemu Tuhannya dalam saf-saf cintaNya.
Comments
Tiada daya upaya dan tiada kekuatan bagi Adam melainkan dengan ALLAH Yang Maha Tinggi, Maha Agung.