Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rahman ayat 29: sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. tiap-tiap masa ia di Dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! Apabila laut bergelombang, laut bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal berteriak “Ya Allah!” Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya, dan para kafilah berasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru “Ya Allah!” Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut “Ya Allah!” Apabila pintu ditutup di hadapan para pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru “Ya Allah!” Apabila pelbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, meraka akan menyeru “Ya Allah!” Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan pers...