Posts

Kursus strategik peningkatan kerjaya akademik...oleh Prof.Dr Kamil

assalamualaikum.... hari ini aku berpeluang untuk mendengar ceramah bersama pensyarah2 UiTM Kedah, yang disampaikan oleh Prof.Dr Kamil, Pengarah Kampus UiTM Johor. Beliau juga seorang pendakwah bebas. Seronok juga. Ceramah yang disampaikannya pada hari ini adalah berkenaan dengan peningkatan kerjaya pensyarah. Aku memberi perhatian juga dalam sesi tersebut walaupun aku bukanlah seorang pensyarah (mungkin nanti). Aku masih lagi blur juga bila disebut tentang markah2 tu.. Alhamdulillah, mungkin inilah rezeki. Aku dapat berkongsi mengenai kerjaya ini. Mungkin ini satu titik mula. Dalam ceramah tersebut, beliau memberi penekanan mengenai penyelidikan. Khususnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Banyak input yang berguna aku perolehi dalam ceramah tersebut. Menampakkan kepada aku apa yang sebenarnya perlu kita buat seandainya kita menceburi bidang akademik. ALLAH... mudahkanlah aku untuk mengikuti jalan yang telah Kau takdirkan untukku. Bimbinglah aku...Amiin.

ada waktu ini...ku luangkan di sini

Alhamdulillah... sudah lebih kurang 2 minggu aku menjalankan praktikal. Banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku dalam tempoh ini. banyak perkara dan pengalaman baru yang aku alami. Sememangnya ini adalah perancangan Allah S.W.T dan setiap yang Dia takdirkan ke atasku pasti punya sebab dan hikmahnya. Insyaallah.. akan cuba ku kutip mutiara hikmah tersebut untuk ku garap sebagai mukaddimah baru diari kehidupanku sempena tahun baru Hijrah hari ini. Insyaallah, esok akan berlangsung dengan lebih baik lagi. Salam Maal Hijrah ..

mula praktikal

hari ni aku mula praktikal. tapi aku tak ditempatkan di bhg HR tapi kat bgn penyelidikan dan jaringan industri... huhuhu... tp xpelah.. asalkan dapat jugak pengalaman.. aku akan cuba "adjust2" la nanti bg dapat jugak buat something about HR..Ya Allah...bantulah aku ini... Amiin imaazmira-thatsAllah-Link

insan dikasihi Tuhan peka terhadap dosa dan maksiat

Image
MENGAPA seorang suami begitu sayang kepada isteri dan sebaliknya? Mengapa pula anak-anak yang salih rela menanggung susah menjaga kedua ibu bapa? Mengapa kita mahu berkorban untuk mengikat tali persaudaraan dengan jiran tetangga, saudara mara dan sahabat seperjuangan? Mengapa dunia ini aman dan damai, walaupun berbilang bangsa dan kaum, adat dan kepercayaan manusia? Jawabnya hanya satu iaitu kerana rahmat Allah SWT diturunkan ke atas dunia ini. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Allah Taala memiliki seratus rahmat. Satu di antaranya diturunkan untuk sekalian makhluk hingga mereka berkasih-kasihan sesama mereka. Sembilan puluh sembilan lagi disimpan untuk hari kiamat.” (Riwayat Muslim) Jika kita kehilangan rasa ingin mencintai, sesungguhnya rahmat Allah SWT itu tercabut dari hati. Isteri yang membenci suaminya atau sebaliknya, anak yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang bengis dan kasar, angkuh lagi sombong, zalim kepada sesama manusia, mereka ini terkeluar daripada senarai...

solat sunat dhuha

Image
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (al-Dhariyat: 56) Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan. Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha. Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik leb...

"couple" oh "couple"

Image
Kini, fenomena berpasangan atau “couple” menjadi seolah-olah perkara biasa. Kebanyakan remaja dan dewasa hari ini mengalami gejala ini. Apakah wajar perkara ini sebenarnya? Sememangnya akan ada yang mengatakan perkara ini sebenarnya tidak wajar, namun masih tidak mampu untuk menghalangnya lantaran lemahnya diri dan iman. Untuk itu, cubalah kita ikuti dialog di antara sepasang kekasih dengan pencegah maksiat ini. Sama-samalah kita memikirkannya. Kita sendiri yang memutuskannya. Kita mempunyai pilihan. Setiap pilihan kita, ada natijahnya. Fikir-fikirkanlah.. Pasangan: Kami tidak berzina! Pencegah maksiat: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina. Pasangan: Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menghampiri zina ? Pencegah maksiat: Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan. Pasangan: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu …. Pencegah maksiat: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang....

redhakanlah....

Image
Ya Allah....... Mengapa hati ini masih keras?? Masih keras untuk meredhakan segala yang telah Kau takdirkan untukku. Lembutkanlah hatiku ini. Agar aku bisa redha dan tidak mengeluh atas segala yang telah Kau tentukan. Ku inginkan hati ini ikhlas menerima segalanya, biarpun ada kala ianya pahit untukku.. imaazmira-redhakanlah-Link