STPM
Semalam keputusan STPM diumumkan. Aku rasa prestasi tahun lepas bagus. Ini mengingatkan aku kepada kenangan STPM ku... Itulah detik yang paling manis aku rasa dalam sejarah pendidikan aku.. Bayangkanlah aku telah mendapat 4 A dalam STPM 2005. Memang aku tak menjangkakan. Bagaikan keajaiban.. huhuhu.. Ya la aku bukannya pandai pun. Masa ujian percubaan aku dapat teruk jugak. Alih2 masa STPM sebenar dapat 3.92.. Aku bajet aku kena repeat. sampaikan macam tu sekali. Mungkin rezeki aku la aku dapat macam tu. Tapi apa pun aku berrsyukur. Alhamdulillah. Sempena kejayaan tu aku dapatla sedikit habuan sumbangan daripada Tabung Haji dan Shell Malaysia yang berupa wang tunai. Tu lah kenangan terindah. Mak dan abah aku sangat bangga dengan aku pada waktu tu. Aku pun seronok juga tapi xdalah seronok sangat sebab aku rasa aku ni biasa saja cuma nasib aku baik. Kalau tanya balik pun sekarang apa yang aku belajar memang aku tak ingat. Selepas tu aku menyambung pangajian ke universiti dalam bidang Pen...