tiada kata untuk aku ungkapkan sebagai judul
Sungguh....semalam adalah detik yang begitu menyakitkan hati. Tertekan dengan situasi yang menimpa diri. Tidak boleh dikesalkan, kerana sememangnya salah diri sendiri. Ya Allah tolonglah hamba....sungguh hambaMu ini lemah. Aku serahkan segalanya hanya padaMu. Aku tahu peristiwa ini satu kifarat buat diri ini. Dan di sebalik peristiwa ini juga terselit hikmah dan pengajaran yang amat berguna. Hikmah ini akan menjadikan aku lebih matang dan membantu aku menghadapi masa depan. Insyaallah...aku tidak akan mengulangi lagi kesilapan ini. Ampunilah segala kesilapanku Ya Rabbi...