Ramadhan kian pergi....
Tatkala ini, ramai kawan-kawan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi. Tidak kurang juga yang telah sampai lebih awal lagi. Kampus mulai lengang dan sunyi daripada riuh suara mahasiswa dan mahasiswi Lembah Sintok. Mungkin ini adalah entri akhir Cik Seri dalam bulan yang mulia ini. Sememangnya sayu, dan sedih apabila mengenangkan Ramadhan yang mulia ini bakal pergi meninggalkan kita. Ketenangan Ramadhan sememangnya sangat syahdu dirasakan. Takkan dapat dirasai pada lain waktu. Dan indah lagi dengan limpahan rahmat yang Allah Taala kirimkan pada bulan ini. Menjadikan kita lebih bersemangat untuk melakukan ibadah kepadaNya. Dan apa yang lebih penting, mengajar kita membenihkan keikhlasan dalam setiap amalan yang dilakukan hanya kerana Dia Yang Maha Esa. Semoga sebulan tarbiah yang dibawa oleh Ramadhan akan memberikan kita seribu satu kekuatan untuk terus menerus melakukan kebaikan sebagaimana kebaikan yang kita lakuka...