Posts

Showing posts from February, 2011

ADAKAH AKU MENCINTAINYA??KAMU??

Image
Alhamdulillah..aku bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang daripada umat Rasulullah Sallahualaihiwasaalam. Aku sangat bangga dengan anugerah ini. Aku sanggup untuk mempertaruhkan nyawaku untuk anugerah ini. Tika aku menulis coretan ini, aku sedang mendengarkan alunan bait-bait lirik nasyid bertajuk “Pemergianmu”. Dendangan In-Team. Nasyid inilah yang sebenarnya menjadi salah satu pencetus kemaraan cintaku terhadap baginda Rasulullah Sallahualaihiwasaalam. Semuanya berlaku pada tahun 2008. Pada masa itu, tahap kecintaanku kepada baginda hanya biasa-biasa sahaja. Boleh aku katakan yang aku belum cinta kerana aku belum kenal baginda. Sekadar hanya tahu yang baginda Rasulullah Sallahualaihiwasaalam adalah utusan Allah kepada umat manusia. Yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di alam ini. Sirahnya aku hanya tahu sedikit-sedikit. Boleh kata semuanya di tahap biasa-biasa saja. Kalau hari sambutan Maulidur Rasul pun, tidaklah mendatangkan maknanya yang besar kepada aku. Sekitar