Posts

Showing posts from January, 2011

Yang Terpilih

Image
THE CHOSEN ONE In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasol Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khairu Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa Peace be upon The Messenger The Chosen One From luxury you turned away And all night you would pray Truthful in every word you say Muhammad Ya Rasul Allah Your face was brighter than the sun Your beauty equaled by none You are Allah’s Chosen One Muhammad Khairu Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa Peace be upon The Messenger The Chosen One I will try to follow your way And do my best to live my life As you taught me I pray to be close to you On that day and see you smile When you see me Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa Peace be upon The Messenger The Chosen One Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa Peace be

Ya Allah!

Image
Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Rahman ayat 29: sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. tiap-tiap masa ia di Dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! Apabila laut bergelombang, laut bergelora, dan angin bertiup kencang, semua penumpang kapal berteriak “Ya Allah!” Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannya, dan para kafilah berasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru “Ya Allah!” Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda, dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut “Ya Allah!” Apabila pintu ditutup di hadapan para pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru “Ya Allah!” Apabila pelbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti, dan semua jalan pintas telah buntu, meraka akan menyeru “Ya Allah!” Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan pers

Wanita dan buah epal

Image
Wanita ibarat buah epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetik. Hanya pemuda yang benar-benar luar biasa (hebat) sahaja yang mampu. Jikalau tidak di dunia , Insyaallah di akhirat kelak.

kenangan lalu

Image
Baru-baru ni Cik Seri terima buku alumni UUM. Dalam tu ada la gambar2 kawan-kawan satu batch masa belajar dulu (Julai 2006). Tiba-tiba rasa rindu pula akan masa lalu. Melihat wajah-wajah tu teringat masa kuliah dulu. Walaupun peristiwa manis tidak banyak tercipta, namun kenangan tetap ada. Semoga masing-masing berjaya dalam kehidupan. Insyaallah.

Tiada hati ketika berzikir?

Image
Cik Seri ingin menyiarkan kata-kata yang dinukilkan oleh Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari dalam al-Hikam. Sumber sekunder petikan ini adalah daripada ruangan Mutiara Tasawuf dalam majalah Solusi isu 25. “Jangan kamu meninggalkan zikir kerana merasakan tidak adanya kehadiranmu (tumpuan) bersama Allah ketika berzikir itu. Sebab kelalaian kamu daripada berzikir (tidak berzikir langsung) adalah lebih berbahaya berbanding kelalaian kamu ketika sedang berzikir walaupun tanpa tumpuan. Mudah-mudahan Allah S.W.T mengangkat (mengurniakan) kamu daripada (maqam) zikir dalam keadaan lalai kepada zikir dalam penuh kesedaran, daripada zikir penuh kesedaran kepada zikir yang penuh tumpuan, daripada zikir penuh tumpuan kepada zikir yang dapat melupakan segalanya kecuali Zat Yang Maha Sempurna yang hanya (Dia) layak diingati. Hal itu tidaklah sukar bagi Allah Yang Maha Mulia.” Membacakan ayat-ayat ini membuatkan kita sedar bahawa kita sangat-sangat dituntut untuk senantiasa membasahkan lidah

Dua Cerita: Dua mesej dalam kehidupan

SEORANG BAPA YANG PUNYA 4 ANAK Seorang bapa pulang kepenatan daripada kerja. Dipanggilnya anaknya yang sulung. “Kak Long, ambilkan air untuk ayah.” Lalu datanglah anak sulungnya itu membawa segelas air untuk ayahnya namun wajahnya tidak ceria. Lalu dia berkata “Ayah ni selalu saja suruh Kak Long. Mentang-mentanglah Kak Long anak sulung”. Esoknya si ayah tidak lagi memanggil anaknya yang sulung. Sebaliknya memanggil anaknya yang kedua pula untuk membawakan air untuknya. “Kak Ngah, ambilkan air untuk ayah”. Anak keduanya datang membawa air dengan senyuman sambil berkata “Kak Ngah dah bawa air untuk ayah jadi ayah kenalah upah Kak Ngah. Satu gelas satu ringgit.” Keesokannya si ayah memanggil anaknya yang ketiga pula. Dengan suara yang lantang ayahnya memanggil anaknya yang ketiga “Kak Chik, bawakan air untuk ayah. Ayah dahaga ni.” Lalu datanglah anaknya yang ketiga membawa air sambil wajahnya ditundukkan. Dia diam tidak berkata apa. Selesai meletakkan air di sisi ayahnya dia ber