Posts

Showing posts from September, 2009

Ramadhan kian pergi....

Image
Tatkala ini, ramai kawan-kawan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi. Tidak kurang juga yang telah sampai lebih awal lagi. Kampus mulai lengang dan sunyi daripada riuh suara mahasiswa dan mahasiswi Lembah Sintok. Mungkin ini adalah entri akhir Cik Seri dalam bulan yang mulia ini. Sememangnya sayu, dan sedih apabila mengenangkan Ramadhan yang mulia ini bakal pergi meninggalkan kita. Ketenangan Ramadhan sememangnya sangat syahdu dirasakan. Takkan dapat dirasai pada lain waktu. Dan indah lagi dengan limpahan rahmat yang Allah Taala kirimkan pada bulan ini. Menjadikan kita lebih bersemangat untuk melakukan ibadah kepadaNya. Dan apa yang lebih penting, mengajar kita membenihkan keikhlasan dalam setiap amalan yang dilakukan hanya kerana Dia Yang Maha Esa. Semoga sebulan tarbiah yang dibawa oleh Ramadhan akan memberikan kita seribu satu kekuatan untuk terus menerus melakukan kebaikan sebagaimana kebaikan yang kita lakuka

majalah solusi

Image
Hari ni Cik Seri nak kongsi sikit maklumat tentang sebuah majalah. Mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu. Majalah yang cik seri maksudkan adalah “SOLUSI:PANDUAN HIDUP BERSYARIAT” terbitan Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd. Pertama kali Cik Seri terjumpa majalah ini semasa pameran dan jualan buku di tempat Cik Seri belajar. Sebaik saja Cik Seri nampak majalah ini, Cik Seri terus capai dan melihat-lihat isi kandungannya. Sememangnya sangat menarik hati cik seri. Kandungannya sarat dengan pelbagai ilmu. Walaupun harganya agak tinggi sedikit iaitu RM 9, namun Cik Seri rasa berbaloi untuk membelinya. Majalah ini unik kerana jarang kita menemukan majalah yang berkonsepkan isu-isu berkaitan agama Islam dalam pasaran. Majalah ini memfokuskan kepada motivasi dan fardhu ain. Sangat bermanfaat. Ada pelbagai ruangan yang menarik, penuh dengan ilmu. Setiap keluaran akan membincangkan satu isu utama dan dipaparkan di muka hadapan. Sebagai contoh anda dapat lihat dalam gambar, isu k

Transformasi Cik Seri

Image
Anak kecil yang baru lahir, kalau asyik menangis tak berhenti dalam satu tempoh yang lama, ada yang berpendapat bahawa nama yang diberikan tidak serasi dengan dirinya. Jadi, dinasihatkan menukar nama tersebut kepada nama lain bagi meredakan tangisnya. Blog saya tak menangis tapi hati saya yang sedih. Jadi, saya pun rasa nak tukar nama blog ni daripada IMAAZMIRA kepada Laman Hati Cik Seri. Memang Seri tu tak ada kaitan langsung dengan nama saya. Tapi saya rasa selesa nak bahasakan diri dengan nama itu dalam blog ini. Mintak maaf kalau ada yang tak suka ye. Tentang nama cik seri ni, sebenarnya saya teringat akan satu drama di TV3 semasa Hari Raya Aidilfitri yang tajuknya saya tak ingat tapi adala macam bunyi PELITA BULUH apa entah….kurang ingat pulak. Yang dilakonkan oleh Elly Mazlin, Ogy dan ramai lagi. Dalam cerita tu, Si Elly Mazlin ni adalah kolumnis dalam satu ruangan surat khabar. Dia guna nama Cik Seri la dalam ruangan tu. Pada akhir cerita tu, si Elly ni meninggal dunia. Dan core

Titipan Cik Seri: Kembalilah kepada fitrah…

Image
Para pembaca sekalian, Cik Seri ingin mengajak para pembaca sekalian duduk sebentar. Tinggalkan segala masalah yang membelenggu. Cik Seri ingin anda semua renungkan sebentar. Anda semua pernah terfikir untuk menjadi seorang yang baik? Baik yang Cik Seri maksudkan adalah hampir sempurna. Hampir lengkap untuk menjadi calon ahli syurga. Sememangnya penentuan syurga itu adalah urusan Allah swt. Namun, kita sendiri yang menentukan ke manakah halanya arah tuju kita. Cuba anda semua bayangkan sekiranya anda semua adalah seorang yang memiliki ciri-ciri ahli syurga. Bayangkan diri anda tiada lagi sebarang kekurangan yang selama ini ada pada diri anda. Seorang yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Anak yang soleh terhadap ibubapa. Hubungan yang baik dengan semua manusia. Tidak pernah berdendam dengan sesiapa. Soal ibadah anda sentiasa terjaga. Maksiat sentiasa dihindari. Akhlak mulia, sentiasa sabar, ikhlas dan redha. Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W sentiasa di hati. Bahagia , bukan?

Bisnes Mukmin

Image
Firman Allah subhanallah wataala yang bermaksud: 10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? 11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya). 12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar. 13. dan ada lagi limpah kurnia Yang kamu sukai, Iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan Yang cepat (Masa berlakunya). dan sampaikanlah berita Yang mengembirakan itu kepada orang-orang Yang beriman. (Al-Mumtahanah, 10-13)

let it be...

Image
something happened... something lost... but its no matter.. may be there's a secret behind that invisible to see at the moment.. but i know.... Allah knows better what's better and what's worse to me...

...al-Qadar....kami menanti..

Image
Hari ini bersamaan 20 Ramadhan… cepat kan masa berlalu. Tinggal 10 hari saja lagi untuk kita berada di bulan yang mulia ini. Sedih apabila Ramadhan bakal meninggalkan kita. Kalau masa kecil2 dulu, saya masih ingat, saya dan adik sentiasa menghitung hari untuk Ramadhan berakhir dan beralih ke Syawal namun kini ironi. Setelah kita dapat tahu erti sebenar Ramadhan itu, kita menjadi sayang padanya. Tidak mahu berpisah dengannya. Semalam telah bermulalah titik permulaan mencari malam al-Qadar yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah bonus yang Allah S.W.T nak bagi pada kita umat Islam. Sesiapa yang dapat ni memang untung. Tak teringin kah kita? Siapa yang tak teringin kan? Pesta ibadah telah bermula. Semakin ramai yang giat berusaha menghidupkan malam-malam mereka dengan beribadah kepada Allah S.W.T menerusi solat malam, membaca ayat suci al-Quran, zikrullah, dan berdoa memohon kepada Allah S.W.T. Semoga kita sama-sama menemui malam al-qadar..serta mendapat pembebasan dari api

Memburu ilmu

Image
Adakah anda suka baca buku? Adakah anda mengalami kesukaran atau masalah semasa membaca buku? Adakah melalui pembacaan anda dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda secara efektif? Atau anda sekadar membaca, namun selepas itu anda tidak tahu apa yang anda baca. Ataupun anda hanya dapat mengingat hanya sedikit daripada pembacaan itu? Di sini saya nak kongsi sedikit maklumat tentang sikap yang perlu diamalkan ketika membaca yang saya petik daripada sebuah buku berjudul “ada apa dengan buku?” hasil Shaharom TM Sulaiman dan Suriati Shamsudin. 1-SABAR Kesabaran diperlukan sewaktu membaca kerana apabila tergesa-gesa dalam “memaknai” suatu gagasan, boleh jadi kesimpulannya salah 2-TELITI Ketelitian memungut makna yang tersebar di sepanjang halaman buku dan kemudian mengumpulkan dan menghimpunkannya amat diperlukan kerana kalau tidak teliti, akan banyak gagasan yang “menguap” dan “bersembunyi” kembali. 3-TEKUN Ketekunan diperlukan untuk membantu kita menyisir himpunan kata, kalimat, bab, dan ba

doa perpisahan

Kemarau hati ini dihujani air mata… yang menitis dari awan kelabu pembawa kiriman sayu kini , hati ini bagaikan musim tengkujuh tatkala dilanda angin kedukaan yang membawa bersama perkhabaran berita pemergianmu. Kerapkali aku menghayati lagu doa perpisahan sambil mengenangmu. “Pertemuan kita di suatu hari menitikkan ukhuwah yang sejati Bersyukurku ke hadrat Ilahi di atas jalinan yang suci Namun kini perpisahan yang terjadi Dugaan yang menimpa diri Bersabar di atas suratan kau tetap pergi jua Kan ku utuskan salam ingatanku dalam doa kudusku sepanjang waktu Ya Allah bantulah hamba-Mu Mencari hidayah daripadamu dalam mendidikkan kesabaranku di atas perpisahan ini Kan ku utuskan salam ingatanku dalam doa kudusku sepanjang waktu Ya Allah bantulah hamba-Mu Senyuman yang tersirat di bibirmu menjadi ingatan sepanjang waktu Tanda kemesraan bersimpul padu ingatku di dalam doamu”

SALAHKU?

Kau menjauhiku…. Akulah yang salah Kau tersesat Akulah yang salah Kau kecewa Akulah yang salah Kau menderita Akulah yang salah Semuanya adalah salahku Aku tidak menjadi “aku” yang terbaik padamu

debu dosa

DEBU-DEBU DOSA Ke arah mana halanya bagi insan yg terleka mengejar mimpi dunia bagaikan hidup selamanya Tak peduli dosa noda siksa azab neraka Hidup jauh dari rahmatnya Terpedaya pada dunia pentas ciptaan manusia Terlupa pada segala mengikut nafsu semata Membiar syaitan beraja di hati dan juga jiwa Mengejar dunia penuh debu dosa Teguhkanlah iman dalam diri Moga dikau akan merasai Betapa indah nikmat ilahi dan yakin kau akan dirahmati Haruslah percaya dengan pasti Dunia tidak kekal abadi Hanya menguji cekalnya hati Sebagai khalifah yg sejati Kembali pada TuhanMu Tak perlu kau meragui andai teguh keimananmu pasti bahagia di akhirat yang abadi

tidak lagi..

Dulu2 aku teringin sangat nak tu… tahu apa tu? Tu tu…maksudnya “berpasangan” atau org panggil “Couple”. ya la…dulu2 masih mentah lagi. Naïf lagi. Lalu aku mengikut hawa nafsu…. Tak nak lah aku ceritakan kisah lalu. Tapi kini aku ubah 200% rasa teringin tu. Tak nak…tak nak…. SAY NO TO COUPLE…. Kalau dulu, aku “jealous” bila tengok orang berpasangan. Rasa iri hati. Eee…..pikir2 balik sekarang . takde faedahnya untuk aku.

BELIEVING WOMEN

Image
Islamic Greeting Cards by Alhabib

Sekuntum mawar putih..

Image

Istana Kasih...

Kau melangkah kaki bagai seorang serikandi kau pasrahkan impian kepada Tuhan memberi sinar penawar kebahagiaan mekar taman pengorbananmu. Seribu harapan menghiasi kalbu sejuta impian menanti di pintu istana kasih sayang ayah bondamu. Di matamu tergenang kesabaran di wajahmu terlukis kesetiaan nuranimu danau yang syahdu. Bila berpisah kami mengingatimu bila berjauhan kami merinduimu kau pengikat kasih. Titis keringatmu kalungan mutiara di menara ilmu tercinta kembang pun berdoa mengharum jiwa. -destiny-

Dia bersamamu...

Image
Usah gentar andai kau berseorangan, Yakini QadirNya sebulat keyakinan Musa tatkala membelah Laut Merah, Yakini GhafurNya seteguh keyakinan Yunus tatkala ditelan Nun Yakini QaharNya sekental ketabahan Nuh tatkala dituduh gila Yakini MuhaiminNya setegar iman Ibrahim tatkala dibakar Namrud Yakini RahimNya atas kasih, sayang, dan cintaNya buat Rasulullah s.a.w kekasih tercinta Sungguh.. Dia tidak pernah meninggalkanmu.. Namun mungkin kau yang meninggalkannya.. Dia selalu menjagamu Mungkin kau yang tidak menjagaNya Usah kau bertanya mengapa Dia tidak mengurniakan apa yang kau pinta Selama hatimu masih lagi tidak mencapai taqwa Kau hanya insan hina Walau sejuta tahun kau tempuh jalan ibadah Tidakkan terbayar nikmat indahnya sekerlip pandangan mata Walau sejuta langkah kau kembara cinta Takkan terbayar nikmatnya rasa walau seribu tahun kau berlapar dahaga Namun kau hampirilah Dia dengan jalan ketaqarruban Kerna Dia pernah berfirman…. Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersab

don't take it for granted

Tika waktu ini, aku dalam keserabutan. Di sini aku nak kongsi pengalaman aku. Harapanku agar sesiapa yang membaca post ini akan belajar sesuatu. Hari selasa lepas (1 september 09) aku dan kumpulan aku ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Alor Setar untuk menjalankan satu sesi temubual dengan pegawai sumber manusia di sana. Temubual tersebut adalah berkenaan amalan perekrutan dan pemilihan pekerja di KUIN. Aku ke sana tanpa persediaan yang mantap. Sebenarnya aku memang tak buat persediaan sangat untuk temubual tu. Main redah je. Akhirnya…padan muka aku balik. Pakat jadi blur dan kaku je semasa temubual tu. Rasa malu pulak dengan Encik Marwan tu. Malu sesungguhnya malu. Aku ni tak serik-serik dengan pengalaman lepas rupanya. Masyaallah, apa la yang nak jadi dengan aku ni? Sebenarnya ini bukan kali pertama perkara begini berlaku. Masuk kali ini, dah organisasi yang ke-6 aku pergi untuk tujuan kajian kes. Tapi masih lakukan kesilapan tu. TAK BERSEDIA SEPENUHNYA. Sebenarnya akulah yang

ujian...

masya allah... ujian ujian...